awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ERA hargai pendengar, bersiaran langsung guna trak berkaca

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2024
09:39 MYT
ERA hargai pendengar, bersiaran langsung guna trak berkaca
Acara ini berlangsung di beberapa lokasi ikonik sekitar Kuala Lumpur sebagai penghargaan kepada para pendengar setia ERA.
ERA, stesen radio nombor 1 paling legit di Malaysia, sekali lagi mencipta kelainan dengan meraikan kejayaan mereka menerusi acara unik bersiaran secara langsung menggunakan trak berkaca.
Acara ini berlangsung di beberapa lokasi ikonik sekitar Kuala Lumpur sebagai penghargaan kepada para pendengar setia ERA selepas berjaya mencapai 4.8 juta pendengar berdasarkan laporan GfK untuk gelombang kedua tahun ini.
Ketua Jenama ERA, Azah Sahrin, meluahkan rasa syukur dan bangga atas sokongan tidak berbelah bahagi daripada pendengar ERA serta GfK yang sentiasa memberikan penilaian pendengar secara profesional.
“Melalui trak berkaca ini, personaliti ERA seperti Nabil, Azad, Isha Norsham, Shasha, Hawa Rizwana, dan Muna keluar dari konti untuk bertemu pendengar secara langsung.
"Selain itu, ERA turut menghadiahkan koleksi khas barangan ERA serta baucar membeli-belah melalui pelbagai peraduan menarik yang disediakan.
“Tiga lokasi utama yang kami singgah, iaitu Dataran Merdeka, KLCC, dan Bukit Bintang, menjadi tumpuan peminat ERA.
"Para pendengar yang hadir turut mengambil peluang bergambar bersama personaliti ERA yang mesra dan bersahaja,” ujar Azah.
Acara ini berlangsung di beberapa lokasi ikonik sekitar Kuala Lumpur sebagai penghargaan kepada para pendengar setia ERA .
Acara ini berlangsung di beberapa lokasi ikonik sekitar Kuala Lumpur sebagai penghargaan kepada para pendengar setia ERA .
Tambah Azah lagi, acara ini adalah sebahagian usaha ERA untuk terus mendekati pendengar dan memastikan kandungan yang disampaikan relevan dan menghiburkan, baik di konti radio mahupun di media sosial.
“Kami amat menghargai cadangan pendengar untuk menganjurkan lebih banyak acara seperti ini.
“ERA adalah milik pendengar, dan tanpa sokongan mereka, ERA mungkin tidak akan berada di tempat sekarang.
“ERA akan terus berusaha menawarkan kandungan terbaik, sama ada melalui siaran radio atau platform digital," katanya.
Untuk berita terkini dan aktiviti ERA yang lain, layari laman sosial rasmi ERA.
Topic Berkaitan
#era
#trak kaca
#ranking radio
#Azah Sahrin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan