awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar 72.52 g methamphetamine, buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan
Peniaga kuih akok lapan perisa rancang hasilkan produk sejuk beku
Semua pihak perlu main peranan angkat martabat sektor pelancongan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ERA lancar kempen Kelas Perpaduan ERA untuk rakyat Malaysia

Kenyataan Media
Kenyataan Media
14/07/2025
04:50 MYT
ERA lancar kempen Kelas Perpaduan ERA untuk rakyat Malaysia
Kempen ini merangkumi pelbagai inisiatif seperti siaran mingguan Kelas Perpaduan ERA, iklan papan layar gergasi, video kempen di YouTube, dan jelajah ke sekolah-sekolah terpilih.
ERA, stesen radio Nombor Satu di Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara melancarkan kempen Kelas Perpaduan ERA dengan slogan ‘ERA Kini ERAT’ yang membawa mesej perpaduan antara kaum di seluruh negara.

Ringkasan AI
  • ERA melancarkan kempen Kelas Perpaduan ERA dengan slogan ERA Kini ERAT bersama Kementerian Perpaduan Negara untuk memupuk keharmonian antara kaum di Malaysia.
  • Kempen ini merangkumi pelbagai inisiatif seperti siaran mingguan Kelas Perpaduan ERA, iklan papan layar gergasi, video kempen di YouTube, dan jelajah ke sekolah-sekolah terpilih.
  • ERA dan Kementerian Perpaduan Negara menekankan peranan media hiburan sebagai penghubung masyarakat berbilang kaum serta menyasarkan generasi muda untuk menghargai nilai perpaduan.

Pelancaran kempen sebegini sekali gus memperkukuh peranan ERA sebagai medium hiburan dan penyatu rakyat Malaysia.
Kempen yang akan bermula pada 14 Julai ini berhasrat mendidik rakyat Malaysia tentang peri penting memupuk keharmonian, saling hormat-menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain dalam menjamin keamanan dan keharmonian bersama.
Sepanjang kempen ini berlangsung, pelbagai inisiatif menarik dan berfaedah dijalankan, antaranya:
  • Kelas Perpaduan ERA dijadual bersiaran setiap hari Rabu jam 9 pagi – mengetengahkan dan mendidik pelbagai keunikan budaya di Malaysia.
  • Iklan papan layar gergasi di lokasi strategik – bertujuan mempromosikan mesej kempen ini dalam memastikan ia terus dekat di hati rakyat Malaysia dari segenap latar belakang.
  • Video Kempen Kelas Perpaduan ERA - ditayangkan di saluran YouTube ERA yang dibintangi barisan penyampai popular ERA seperti Nabil Ahmad, Azad Jasmin, Radin Affendy, Isha Norsham, Fazziq Muqris, Syasya Nadira, Haziq Hussni, Muna Bella, Safee Sali dan Syazwan Raza. Video pendek ini bakal membawakan mesej perpaduan melalui penceritaan santai yang diolah penuh makna.
  • Jelajah Kelas Perpaduan ERA – dilaksanakan ke sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara. Para penyampai ERA akan turun padang dan bertemu secara dekat dengan para pelajar untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan aktiviti interaktif berkaitan nilai-nilai perpaduan dan keharmonian.
Penyampai ERA akan turun padang dan bertemu secara dekat dengan para pelajar untuk berkongsi pengetahuan melalui Jelajah Kelas Perpaduan ERA.
Penyampai ERA akan turun padang dan bertemu secara dekat dengan para pelajar untuk berkongsi pengetahuan melalui Jelajah Kelas Perpaduan ERA.
Priya Dharshini Prabakaran, Ketua Pengarah Astro Audio, berkata: “Sebagai stesen radio pilihan nombor satu rakyat Malaysia, peranan ERA bukan sekadar hiburan malah lebih dari memainkan peranan penting sebagai jambatan yang menghubung dan menyatukan masyarakat berbilang kaum melalui program-program bermanfaat.
"'Kempen ERA Kini Erat: Kelas Perpaduan ERA’ merupakan salah satu inisiatif kami dalam memperingati semua bahawa perpaduan adalah suatu rahmat dan ia perlu dihargai. Perpaduan adalah hasil kebersamaan semua pihak yang bermula dari peringkat sekolah hingga ke segenap lapisan masyarakat.
"Kami berharap kempen sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda terutamanya agar terus menghargai dan mensyukuri keharmonian negara yang selama ini dinikmati bersama," katanya.
Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara turut menyatakan bahawa usaha ini selaras dengan aspirasi Kementerian Perpaduan Negara untuk mendekati rakyat, khususnya generasi muda, melalui pendekatan yang lebih segar, santai dan relevan dengan citarasa semasa.
"Kempen ini memperkukuh peranan ERA bukan sekadar sebagai stesen hiburan, tetapi juga sebagai penghubung hati dan suara rakyat Malaysia. Ia membuktikan bahawa medium hiburan seperti radio mempunyai kuasa besar dalam membentuk persepsi, menyemai nilai dan menyatukan rakyat berbilang bangsa dan budaya," katanya.
ASTRO AUDIO & KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Topic Berkaitan
#Kelas Perpaduan
#era
#kementerian perpaduan negara
#Aaron Ago Dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami