awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Erdogan, Anwar bincang hubungan dua hala Turki-Malaysia

Bernama
Bernama
06/08/2023
03:20 MYT
Erdogan, Anwar bincang hubungan dua hala Turki-Malaysia
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara menerusi panggilan video. -Facebook Anwar Ibrahim
ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara menerusi panggilan video.
Sambil menggariskan hubungan antara kedua-dua negara telah mengorak langkah lebih jauh atas dasar perkongsian strategik yang komprehensif, Erdogan berkata kedua-dua pemimpin itu mengalu-alukan "kuasa yang diberikan kepada Republik Turki Cyprus Utara (TRNC) untuk membuka pejabat perdagangan di Malaysia," Agensi Anadolu memetik kenyataan Direktorat Komunikasi Turki.
Sambil menyatakan bahawa hubungan dalam industri pertahanan berada pada landasan tepat, presiden Turki itu berkata bahawa mereka mahu memuktamadkan memorandum persefahaman untuk memenuhi keperluan Malaysia dalam bidang berkenaan secepat mungkin.
Menekankan keperluan untuk menyatakan pendirian bersama yang kuat dan tegas terhadap serangan terhadap al-Quran, Erdogan berkata keputusan yang diambil pada Mesyuarat Luar Biasa Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) adalah penting dalam hal ini.
Erdogan berkata beliau akan melawat "Malaysia secepat mungkin" atas jemputan Anwar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Recep Tayyip Erdogan
#Presiden Turki
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan