KUALA LUMPUR: Ericsson memulakan operasi kemudahan baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang akan mengembangkan kapasiti pengedaran serantaunya serta mewujudkan peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia secara langsung dan tidak langsung.
Pusat Pengedaran Ericsson tersebut akan meningkatkan keupayaan pengedaran Ericsson untuk penyelenggaraan dan sokongan yang lebih pantas dengan tempoh tidak beroperasi yang minimum bagi pelanggan dan pengguna akhir, kata gergasi telekomunikasi itu dalam satu kenyataan semalam.
Ia berkata kemudahan itu, yang terletak di perkampungan kargo KLIA, akan meningkatkan peranan strategik Malaysia dalam keupayaan syarikat untuk menyokong kelancaran operasi rangkaian pelanggan di rantau Asia Pasifik.
Menyediakan perkhidmatan kepada lebih 20 negara, Ericsson berkata Pusat Pengedaran Ericsson di Malaysia bertanggungjawab untuk pengurusan inventori perkakasan dan alat ganti di rantau Asia Pasifik.
Katanya pusat itu menguruskan inventori peralatan baharu serta yang perlu diselenggara serta inventori tambahan semula, menerima peralatan dari negara lain dan menghantar peralatan yang diselenggara.
"Kemudahan pengedaran baharu itu akan melengkapkan Pusat Penyelenggaraan dan Sokongan di Malaysia, membolehkan Ericsson menambah baik penyampaian perkhidmatan sokongan kepada pelanggan di rantau Asia Pasifik," katanya.
Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh David Hagerbro berkata: "Malaysia adalah lokasi yang sangat strategik untuk Ericsson dan kemudahan pengedaran baharu itu mengukuhkan komitmen kami di sini sambil mewujudkan peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung untuk rakyat Malaysia."
Beliau berkata keupayaan untuk bertindak, menyampaikan dengan cepat dan memastikan waktu tidak beroperasi yang minimum bagi pengendali rangkaian mudah alih dan pengguna akhir, meletakkan Malaysia di kedudukan strategik untuk memberi perkhidmatan kepada industri telekomunikasi.
"Ini amat kritikal berikutan negara-negara di rantau ini telah mula mempercepatkan pelancaran komersial 5G mereka di samping mengukuhkan penggunaan 4G mereka," katanya.
Pusat pengedaran berkeluasan kira-kira 6,317.40 meter persegi itu terletak di Hab Platform Perdagangan Dunia Elektronik (eWTP) Cainiao Aeropolis di Kampung Kargo KLIA dan dikendalikan oleh CEVA Logistics, salah satu syarikat pengurusan rantaian bekalan terbesar di dunia.
Pusat pengedaran di Malaysia melengkapkan lima pusat pengedaran Ericsson untuk pengurusan inventori perkakasan global yang terletak di Dallas, Dubai, Belanda dan Taiwan.
Ia juga memastikan kelancaran dan penyelenggaraan rangkaian telekomunikasi, termasuk rangkaian 5G, dengan akses pantas kepada inventori perkakasan dan alat ganti.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022
Ericsson berkata Pusat Pengedaran Ericsson di Malaysia bertanggungjawab untuk pengurusan inventori perkakasan dan alat ganti di rantau Asia Pasifik.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
Ericsson dijangka berhentikan 8,500 pekerja
Pemberhentian itu melibatkan kira-kira lapan peratus daripada 105,529 pekerja di seluruh dunia yang akan berkuat kuasa pada separuh pertama 2023 dan mungkin berlanjutan sehingga 2024.
WEF2023: Tengku Zafrul adakan mesyuarat dua hala dengan Ericsson, Microsoft
Setakat ini, perbincangan dalam mesyuarat dua hala itu menumpukan peluang-peluang di Malaysia.
Ericsson buka pusat pengedaran serantau baharu di KLIA
Pusat tersebut akan meningkatkan keupayaan pengedaran Ericsson untuk penyelenggaraan dan sokongan yang lebih pantas.
5G: Keputusan kerajaan beri kepastian untuk semua pihak terbabit - Ericsson Malaysia
Kerajaan telah menganugerahkan kontrak bernilai RM11 bilion kepada Ericsson yang juga firma Sweden, bagi merekabentuk dan membangunkan rangkaian telekomunikasi 5G Malaysia.
Ericsson jalin kerjasama dengan UTM, DNB wujudkan inisiatif pendidikan 5G
Ericsson akan membuka platform Ericsson Educate kepada pelajar UTM bagi menawarkan akses kepada bahan-bahan pembelajaran tentang teknologi utama.
UOB Malaysia sedia pembiayaan pertama RM800 juta kepada Ericsson Malaysia jayakan 5G negara
UOB Malaysia juga diberi mandat sebagai Pengatur Utama untuk tambahan RPA bersindiket berjumlah RM2.3 bilion.
5G: Pemilihan Ericsson keputusan DNB, kerajaan tidak terlibat - MoF
Menurut jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat, Kerajaan tidak terlibat dalam proses pemberian kontrak 5G yang bernilai RM5 bilion tersebut.
Celcom dan Ericsson bawa 5G ke Malaysia
Teknologi telekomunikasi negara dijangka berevolusi ke tahap baharu secara keseluruhannya apabila Celcom Axiata Bhd dan Ericsson hari ini melaksanakan ujian pertama 5G Malaysia.
Projek pemuliharaan hutan paya bakau 'Connected Mangroves' oleh Ericsson terima anugerah PBB
Projek 'Connected Mangroves' menggunakan sensor untuk memberikan maklumat semasa untuk memulihkan semula ladang bakau yang semakin berkurangan.