awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ERL lancar promosi Jom Cuti-Cuti Malaysia

Bernama
Bernama
29/04/2022
14:37 MYT
ERL lancar promosi Jom Cuti-Cuti Malaysia
ERL hari ini melancarkan promosi baharu Jom Cuti-Cuti Malaysia eksklusif untuk rakyat Malaysia dengan kerjasama MOTAC dan Tourism Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) hari ini melancarkan promosi baharu Jom Cuti-Cuti Malaysia eksklusif untuk rakyat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Tourism Malaysia.
Menurut kenyataan ERL promosi itu menawarkan penjimatan RM10 untuk perjalanan ke lapangan terbang (airport transfer) KLIA Ekspres bagi warganegara yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau KLIA2 menerusi penerbangan domestik, bermula hari ini hingga 30 Nov ini.
"Mereka boleh mendaftar secara dalam talian untuk mendapatkan diskaun tersebut dan pamerkan bukti MyKad/MyKid serta tiket penerbangan domestik untuk setiap penumpang di kaunter tiket bagi tujuan pengesahan sebelum menaiki tren," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, ketua pegawai ekskutif ERL Noormah Mohd Noor berkata, "Kami teruja diberi peluang untuk bekerjasama dengan MOTAC dan Tourism Malaysia sebagai sokongan kepada inisiatif kerajaan bagi merangsang pelancongan domestik negara. Seperti kebanyakan perniagaan berkaitan perjalanan, ERL telah terjejas teruk akibat pandemik."
Tawaran Jom Cuti-Cuti Malaysia terhad kepada 24,875 pelanggan berdaftar pertama dan setiap pelanggan layak untuk sekali diskaun RM10 sepanjang tempoh kempen itu.
Potongan RM10 boleh digunakan untuk tiket Standard Single dan Return Fares, Pakej Keluarga, Group Saver dan pakej-pakej KL TravelPass.
Bagi maklumat lanjut mengenai tawaran Jom Cuti-Cuti Malaysia dan promosi lain, jadual penuh tren dan perkembangan terkini perkhidmatan, layari www.KLIAekspres.com atau KLIA Ekspres Facebook.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ERL
#Express Rail Link Sdn Bhd
#promosi
#Jom Cuti-Cuti Malaysia
#MOTAC
#Tourism Malaysia
#KLIA
#KLIA Ekspres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan