awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
Jerman gesa "reformasi menyeluruh" Majlis Keselamatan PBB
Turkiye, tujuh negara lain gesa Israel tarik balik sekatan bantuan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ERL teruskan penggantungan perkhidmatan susulan lanjutan PKP

Bernama
Bernama
10/04/2020
12:51 MYT
ERL teruskan penggantungan perkhidmatan susulan lanjutan PKP
Apabila PKP tamat, ERL akan segera mengumumkan jadual baharu untuk menyediakan perkhidmatan kereta api yang diperlukan.
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), pengendali perkhidmatan kereta api KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 dan bandaraya Kuala Lumpur, terus melaksanakan penggantungan sementara perkhidmatan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan hari ini, berakhir.
Langkah itu susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelanjutan tempoh PKP sehingga 28 April ini, menurut ERL dalam satu kenyataan pada Jumaat.
"Apabila PKP tamat, ERL akan segera mengumumkan jadual baharu untuk menyediakan perkhidmatan kereta api yang diperlukan oleh penumpang tren dan penumpang udara," katanya.
Syarikat itu berkata butiran masa tren untuk semakan akan dipaparkan di laman webnya, www.KLIAekspres.com, sekurang-kurangnya tiga hari sebelum berakhirnya tempoh PKP.
ERL telah memutuskan untuk menggantung sementara perkhidmatannya dari 4 April sepanjang tempoh pelanjutan PKP.
"ERL memohon maaf di atas kesulitan yang terpaksa dihadapi dan penumpang dinasihatkan supaya mengambil langkah alternatif untuk pengangkutan mereka. Penumpang boleh mengemukakan sebarang tiket yang tidak digunakan untuk pembayaran balik menerusi Pertanyaan Pelanggan di talian 03-2267 8000 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang)," menurut ERL.
Pengendali pengangkutan awam di beberapa negara seluruh dunia juga mengambil langkah sama menggantung sementara perkhidmatan mereka termasuk City Airport Train di Vienna, Rhonexpress di Lyon, Gatwick Express di London, Gautrain di Johannesburg dan Airport Express Line di New Delhi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#erintah Kawalan Pergerakan
#ERL
#Express Rail Link
#KLIA
#KLIA2
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan