KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bersetuju untuk membenarkan individu lengkap divaksinasi merentas negeri tanpa permit polis berkuat kuasa esok.
Keputusan yang dikeluarkan dalam laporan harian COVID-19 itu dibuat susulan pengumuman kebenaran merentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Bagaimanapun, jelas kenyatan itu, individu yang ingin memasuki Sarawak masih perlu memohon kemasukan melalui borang ‘EnterSarawak’ yang boleh didapati di laman sesawang sarawakdisastercm.com selain menyertakan bukti status lengkap vaksinasi, keputusan negatif ujian calitan RT-PCR atau antigen dari klinik kesihatan atau makmal kesihatan, serta maklumat peribadi berkaitan.
“Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah memaklumkan bahawa menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus, yang mana data terkini akan dikemas kini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini.
“Sehubungan itu, selaras dengan pengumuman Ismail Sabri, JPBN Sarawak turut bersetuju memberi kebenaran untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada PDRM bermula esok, Isnin, 11 Oktober 2021 (12.01 pagi),” kata kenyataan itu.
BACA: Akhirnya! 11 Okt dah boleh rentas negeri
Sementara itu, Sarawak hari ini melaporkan 1,132 kes positif COVID-19 baharu yang mana 98.76 peratus daripadanya merupakan pesakit kategori 1 dan 2 tiada gejala atau bergejala ringan, manakala 14 kes merupakan kes kategori 3 hingga 5 yang memerlukan rawatan perubatan.
Selain itu, terdapat tiga kes kematian yang direkodkan masing-masing satu kes pada 2 Oktober, 5 Oktober dan 8 Oktober lalu di mana kesemuanya merupakan warga emas mempunyai sejarah penyakit komorbid.
Dalam pada itu tiada kluster baharu direkodkan di seluruh negeri dan lima kluster telah ditamatkan menjadikan jumlah kluster aktif menurun kepada 72 kluster.
Fadilah Sulaiman
Sun Oct 10 2021
Keputusan yang dikeluarkan dalam laporan harian COVID-19 itu dibuat susulan pengumuman kebenaran merentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau
'Dendam' dua tahun tidak dapat merentas negeri, pesta durian kali ini bertambah meriah dengan kunjungan penggemarnya.
Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham
KKM guna kaedah serampang dua mata iaitu pemberian vaksin dan dos penggalak kepada golongan tertentu dan kepatuhan terhadap SOP.
"Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk," kata netizen
Ada pengguna, mendakwa dirinya pekerja kesihatan, memaklumkan ramai orang yang baru balik bercuti dari kawasan itu membawa kit ujian yang tertera keputusan positif.
Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali
Biarpun menyambutnya secara sederhana, pesta cahaya diraikan dalam suasana penuh kekeluargaan mengikut norma baharu.
Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba
Siapa sangka tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, terdapat sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan dianugerahi dengan pelba
Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar
Dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus
Keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.
Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat
Sejak rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan melancong bersama keluarga.
Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap.