KUALA LUMPUR: Lapan permainan sukan elektronik (e-sukan) akan membuat penampilan sulung sebagai sukan yang ditawarkan pingat secara rasmi pada Sukan Asia Hangzhou yang akan berlangsung pada 10 hingga 25 Sept 2022, demikian menurut Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF) hari ini.
Senarai permainan itu ialah Arena of Valor (versi Sukan Asia), Dota 2, Dream Three Kingdoms 2, FIFA (oleh EA Sports), Hearthstone, League of Legends, PUBG Mobile (versi Sukan Asia) dan Street Fighter V.
AESF turut mengumumkan bahawa dua lagi gelaran - AESF Robot Masters dan AESF VR Sports - kedua-duanya dikuasakan oleh Migu, akan ditampilkan sebagai sukan demonstrasi.
Persekutuan itu dalam kenyataan memaklumkan permainan e-sukan berkenaan dipilih berdasarkan kriteria pemilihan yang mematuhi syarat, termasuk Nilai Olimpik yang ditetapkan oleh AESF dan Majlis Olimpik Asia (OCA).
Presiden AESF Kenneth Fok berkata pihaknya akan melancarkan kejohanan kelayakan dan peringkat akhir tidak lama lagi.
"Berita ini bukan hanya penting dalam menyumbang ke arah persiapan akhir untuk temasya itu, ia juga memainkan peranan besar dalam memastikan AESF mewujudkan dan memperkenalkan sistem dengan gelaran acara e-sukan dipilih untuk acara Olimpik berdasarkan kriteria dan syarat tertentu untuk dipatuhi dengan Nilai Olimpik," katanya dalam kenyataan sama.
Sementara itu, Ketua Pengarah OCA Husain Al-Musallam berharap dapat terus bekerjasama dengan AESF dan Jawatankuasa Penganjur Hangzhou bagi memastikan kejayaan pelaksanaan acara e-sukan itu pada Sukan Asia 2022.
"Kami berharap pengumuman ini akan memberi peluang kepada semua pasukan yang mengambil bahagian untuk membuat persiapan dan melengkapkan diri mereka menjelang peringkat kelayakan. Saya percaya kami telah membuat semua persiapan dalam memastikan tahap persaingan tinggi yang menjanjikan tontonan terbaik buat peminat e-sukan," katanya.
Pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, enam permainan - Arena of Valor, Clash Royale, Hearthstone, League of Legends, Pro Evolution Soccer dan StarCraft II - diadakan sebagai sukan demonstrasi (pingat tidak dikira secara rasmi).
E-sukan buat pertama kali dipertandingkan sebagai acara yang ditawarkan pingat pada Sukan SEA Filipina 2019 yang menampilkan enam pingat emas. Malaysia memenangi emas dalam acara Hearthstone menerusi penolong profesor Dr Yew Weng Kean.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 08 2021
AESF mengumumkan bahawa dua lagi gelaran - AESF Robot Masters dan AESF VR Sports - kedua-duanya dikuasakan oleh Migu, akan ditampilkan sebagai sukan demonstrasi. - Gambar hiasan/BERNAMA
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
MPLMY S13: Barracuda Esports buktikan zaman 'prime' RSG Malaysia sudah berakhir
Walaupun Barracuda Esports berjaya meraih kemenangan dalam Perlawanan 1 tetapi RSG Malaysia berjaya mencuri mata dalam Perlawanan 2.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
KazanForum 2024: Era sukan 'phygital' kini bermula di Rusia
Sukan phygital merujuk kepada konsep penggunaan teknologi untuk menghubungkan dunia digital dengan dunia fizikal.
ePiala Asia: Indonesia juara, tewaskan Jepun!
Pemain Indonesia yang dibarisi Elga Cahya Putra dan Akbar Paudie meneruskan aksi yang konsisten tanpa gentar walaupun diasak.
MAG Rebels juara Dota 2 MEC23/24
MAG Rebels bermula dengan baik apabila memenangi perlawanan pertama untuk mendahului 1-0.
Cabang kerjaya e-sukan dijangka terus meningkat
Penganjuran kejohanan e-sukan buka peluang kepada profesion lain seperti jurulatih, ahli psikologi, pakar nutrisi, marsyal serta pereka grafik.
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship dibuka hingga 5 Jan
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship 2023/2024 (MEC23/24) yang menawarkan hadiah terkumpul RM250,000 kini dibuka hingga 5 Jan depan.
Malaysia jadi tuan rumah Kejohanan Dunia MLBB M6 tahun depan
Malaysia akan menjadi tumpuan penggemar e-sukan sejagat tahun depan dengan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6.
KBS mahu lebih banyak e-sukan bertaraf dunia dianjur di Malaysia
Kementerian Belia dan Sukan mahu lebih banyak lagi acara e-sukan bertaraf dunia seperti ESL One dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.
Hapus stigma berkuda, memanah sukan kayangan
Kewujudan sukan berkuda dan memanah di tengah-tengah kawasan perumahan memberi banyak manfaat kepada orang ramai untuk mendekatinya.