awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ETS3 ke Johor Bahru tingkat akses mobiliti, sektor pelancongan Johor menjelang TMM2026 - Loke

Bernama
Bernama
02/11/2025
09:18 MYT
ETS3 ke Johor Bahru tingkat akses mobiliti, sektor pelancongan Johor menjelang TMM2026 - Loke
Loke (tengah) bercakap kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Konvensyen Tahunan DAP Negeri Johor 2025 hari ini. - Foto Bernama
SEGAMAT: Perluasan perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) ke Johor Bahru yang kini pada fasa akhir persiapan, dijangka memperkukuh akses mobiliti pengangkutan awam dan sektor pelancongan di Johor menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Ringkasan AI
  • Perkhidmatan ETS3 akan dilanjutkan ke Johor Bahru selewat-lewatnya pertengahan Disember, melibatkan hentian di Segamat, Kluang dan Kulai sebelum berakhir di Stesen JB Sentral.
  • Langkah ini dijangka memperkukuh mobiliti pengangkutan awam dan sektor pelancongan Johor, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor 2026.
  • Kerja teknikal sedang disempurnakan sebelum pengumuman harga tiket, sekali gus melengkapkan jajaran kereta api pantai barat Semenanjung.

Beliau berkata perkhidmatan baharu itu, yang dijadual beroperasi selewat-lewatnya pertengahan Disember, juga dilihat mampu menyokong peningkatan jumlah pelancong sempena Tahun Melawat Johor 2026.
"Jadi kita masih mencari tarikh yang sesuai kerana beberapa persiapan terakhir masih perlu dimuktamadkan, tetapi tidak lebih daripada pertengahan bulan Disember akan dimulakan perkhidmatan ETS ke Johor Bahru.
"Jadi ini sudah tentu merupakan satu lagi tambahan kepada mod pengangkutan di Johor dan saya yakin ia juga dapat membantu sektor pelancongan di negeri Johor, terutamanya bandar-bandar sekunder, bandar-bandar kecil seperti Segamat, Labis, Kluang, Kulai," katanya.
Beliau berkata kerja-kerja melibatkan aspek teknikal kini sedang disempurnakan sebelum pengumuman harga tiket dibuat dalam masa terdekat.
Laluan ETS yang sebelum ini berakhir di Gemas, Negeri Sembilan kini dilanjutkan ke selatan sehingga Johor Bahru.
Laluan berkenaan merangkumi hentian utama di Segamat, Kluang dan Kulai sebelum berakhir di Stesen Johor Bahru Sentral, sekali gus melengkapkan jajaran kereta api pantai barat Semenanjung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ETS3
#Anthony Loke
#tahun melawat malaysia
#Tahun Melawat Johor 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan