Skip to main content

Malaysia

Tiada isu DUN Negeri Sembilan terbubar, persidangan ikut jadual - MB

Ismail (foto) berkata segala persiapan membabitkan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan telah dimuktamadkan dan kerajaan negeri kini hanya menunggu penetapan tarikh rasmi untuk memulakan persidangan berkenaan. -Gambar fail/Bernama
Ismail (foto) berkata segala persiapan membabitkan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan telah dimuktamadkan dan kerajaan negeri kini hanya menunggu penetapan tarikh rasmi untuk memulakan persidangan berkenaan. -Gambar fail/Bernama
Advertisement

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tidak akan dibiarkan terbubar sebaliknya persidangan akan diusahakan supaya dapat berlangsung mengikut jadual yang dirancang, kata Menteri Besar Datuk Ismail Lasim.

Beliau berkata segala persiapan membabitkan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan telah dimuktamadkan dan kerajaan negeri kini hanya menunggu penetapan tarikh rasmi untuk memulakan persidangan berkenaan.

“Dari segi belanjawan ini, persediaan pun dah sedia semuanya. Kita pun dah muktamadkan belanjawan dan hanya menunggu tarikh untuk kita adakan sidang DUN.

Advertisement

“Sebaik mungkin kita cuba laksanakan mengikut jadual, tidak timbul soal DUN akan terbubar. Insya-Allah, sebagai ketua kerajaan negeri saya tidak akan biarkan DUN terbubar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Penasihat Khas Hal Ehwal Masyarakat India Datuk VS Mogan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persediaan kerajaan negeri menjelang persidangan DUN akan datang.

Advertisement

Sebelum ini, kerajaan negeri merancang untuk mengadakan persidangan DUN bermula 26 Nov, diikuti pembentangan Belanjawan Negeri 2027 pada 27 Nov.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement