LUXEMBOURG: Kesatuan Eropah (EU) pada dasarnya setuju meluaskan sekatan ke atas Iran, susulan tindakan republik itu melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel.
Menurut Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell, perkara itu dipersetujui mesyuarat Menteri Luar blok tersebut.
EU sebelum ini sudah mengenakan beberapa pusingan sekatan ke atas Iran atas pencabulan hak asasi manusia, isu nuklear dan pembekalan dron kepada Rusia.
Namun beberapa negara anggota mahu ia merangkumi aspek peluru berpandu dan pemindahan kepada tentera proksi.
"Kami bersetuju meluaskan sekatan merangkumi aspek dron, peluru berpandu dan potensi pemindahan kepada Rusia, rejim dron sedia ada, untuk mengenakan sekatan ke atas Iran untuk turut meliputi peluru berpandu.
"Ini termasuk sistem sama yang dikenakan ke atas Rusia, melibatkan penghasilan peluru berpandu. Kedua, meluaskan kawasan geografi rangka kerja ini untuk merangkumi penghantaran dron dan peluru berpandu bukan sahaja kepada Rusia tetapi kepada seluruh rantau asia barat dan laut merah.
"Ketiga untuk meluaskan senarai komponen dron yang dilarang," katanya.
Mesyuarat sama turut menyentuh isu bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
Astro Awani
Tue Apr 23 2024
EU bersetuju meluaskan sekatan merangkumi aspek dron, peluru berpandu dan potensi pemindahan kepada Rusia, rejim dron sedia ada, untuk mengenakan sekatan ke atas Iran untuk turut meliputi peluru berpandu, kata Borrell. - Foto fail/REUTERS
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
EU setuju luaskan sekatan ke atas Iran
Menurut Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell, perkara itu dipersetujui mesyuarat Menteri Luar blok tersebut.
Bantuan EU untuk Ukraine cecah AS$89.8 bilion
Ketua Dasar Luar EU Josep Borrell berkata kesatuan itu memperuntukkan AS$89.8 bilion sebagai sokongannya kepada Ukraine.
EU akan laksana sekatan baharu terhadap Rusia
EU mengumumkan blok itu akan mengenakan sekatan baharu terhadap Moscow dan meningkatkan sokongan ketenteraannya kepada Ukraine.
Rampasan kuasa: EU pertimbang tindakan ke atas Myanmar
Kesatuan Eropah (EU) mempertimbang untuk melaksanakan beberapa tindakan ke atas Myanmar, susulan rampasan kuasa junta.
Tiga negara mulakan mekanisme pertikaian, tuduh Iran cabul Perjanjian Nuklear
Bagaimanapun, tiga negara itu mahu menyelesaikan pertikaian menerusi rundingan bagi memberi ruang untuk mereka memulakan proses berkaitan, supaya Iran boleh mengelak daripada dikenakan sekatan PBB.