awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EURO 2024: Bellingham, Kane watak penting kebangkitan England ke suku akhir

Astro Arena
Astro Arena
30/06/2024
21:45 MYT
EURO 2024: Bellingham, Kane watak penting kebangkitan England ke suku akhir
Aksi Jude Bellingham menjaringkan gol pertama pasukan dalam perlawanan Euro 2024 pusingan 16 antara England dan Slovakia di Arena AufSchalke, Gelsenkirchen, Jerman, 30 Jun 2024. - REUTERS
JARINGAN minit akhir Jude Bellingham menjadi pencetus kepada kebangkitan England untuk menyingkirkan cabaran Slovakia 2-1 di Arena AufSchalke di Galsenkirchen, awal pagi tadi.
Separuh masa pertama menyaksikan England mendominasi aksi pusingan kalah mati tetapi sukar menembusi benteng pertahanan Slovakia yang lebih berdisiplin semasa bertahan.
Jaringan pembukaan Slovakia hadir menerusi Ivan Schranz pada minit ke-25 menewaskan Jordan Pickford untuk memberikan England tekanan dengan ketinggalan 0-1 serta mengumpul empat kad kuning akibat melakukan kekasaran.
Phil Foden hampir menyamakan kedudukan buat skuad The Three Lions pada awal separuh masa kedua tetapi Video Bantuan Pengadil (VAR) menjadi penghalang selepas dia jelas berada dalam kedudukan ofsaid.
Peluang terbaik anak buah Gareth Southgate hadir pada minit ke-80 apabila sepakan Declan Rice sekadar menerjah palang gol dan gagal disambar kemas oleh Harry Kane.
Never give up. Fight until the end. pic.twitter.com/jDVViU27Iw
— England (@England) June 30, 2024
Begitupun, ketika aksi masih berbaki satu minit, jaringan Jude Bellingham pada minit kecederaan ke-95 menerusi sepakan gunting memastikan perlawanan terikat 1-1 dan membawa aksi kalah mati ke masa tambahan.
Tandukan Harry Kane memastikan peluang England melangkah ke pusingan suku akhir semakin terbuka sekali gus mendahului Slovakia 2-1 untuk pertama kali.
Keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat sekali gus membawa cabaran England melangkah ke pusingan seterusnya.
Switzerland menanti anak buah Gareth Southgate dalam saingan suku akhir EURO 2024 yang akan berlangsung Ahad nanti.
England complete the comeback#EURO2024 | #ENGSVK pic.twitter.com/sNwXKrO0vI
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 30, 2024
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#England
#Euro 2024
#Slovakia
#Switzerland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan