awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro NCAP berikan 4-bintang kepada Mazda MX-5 [+ video]

Astro Publication
Astro Publication
27/10/2015
07:14 MYT
Euro NCAP berikan 4-bintang kepada Mazda MX-5 [+ video]
Awal bulan Oktober lalu pihak NCAP Eropah NCAP) telah mendapati bahawa Mazda MX-5 berhak untuk diberikan 4-bintang hasil daripada ujian-ujian perlanggaran yang telah diberikan kepada roadster tersebut. [Lihat video ujian perlanggaran untuk Mazda MX-5 di akhir artikel ini] Mengikut NCAP, model roadster ini menggabungkan prestasi keselamatan keseluruhan yang baik beserta perlindungan untuk pejalan kaki yang sangat berkesan kerana ciri bonet reaktif yang dipasang standard. Namun, mereka dapati bahawa tekanan dalaman beg udara pemandu tidak cukup untuk mengelakkan kepala pemandu terkena stereng. Pemeriksaan pada beg udara dan penelitian rakaman video kelajuan tinggi menunjukkan hentakan ini. Walaupun begitu, maklumat daripada patung perlanggaran adalah baik, oleh itu perlindungan bagi pemandu didapati mencukupi. Ujian perlanggaran tepi kepada tiang pula mendedahkan bahawa perlindungan pada bahagian dada pemandu sekadar ‘marginal’ atau kurang meyakinkan. Perlindungan kepada bahagian-bahagian badan yang lain pula adalah bagus. Antara faktor utama penyebab Mazda MX-5 ini tidak mendapat 5-bintang adalah ketiadaan sistem brek autonomous (AEB) yang disebut pihak NCAP sebagai semakin kerap dilihat sebagai ciri standard – ataupun pilihan tambahan – bagi model-model kereta dengan harga sama (di pasaran Eropah). Walaupun begitu, pesaing rapat MX-5 iaitu Audi TT juga diberikan markah 4-bintang kerana ketiadaan sistem AEB. Spesifikasi model diuji Kereta: Mazda MX-5 1.5-liter, pemanduan belah kanan (RHD) Badan: Roadster 2-pintu Tahun pengeluaran: 2015 Berat: 1,030kg Protokol kelajuan ujian Seluruh hadapan, ke dinding kukuh: 50km/j Offset hadapan ke objek tidak kukuh: 64km/j Tepi, daripada objek bergerak: 50km/j Tepi, ke tiang kukuh: 32km/j Ujian ‘whiplash’: 16 dan 24km/j Kepala pejalan kaki ke bonet: 40km/j Kaki pejalan kaki ke bampar hadapan: 40km/j
Topic Berkaitan
# keselamatan
# mx-5
# NCAP
# skyactiv
#Mazda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan