awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro NCAP berikan 5-bintang kepada Hyundai Tucson [+ video]

Astro Publication
Astro Publication
28/10/2015
16:35 MYT
Euro NCAP berikan 5-bintang kepada Hyundai Tucson [+ video]
Berita daripada NCAP Eropah pasti akan menjadikan pengimportnya di Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) gembira. Sedang mereka sibuk mempersiapkan kedatangan SUV kompak Tucson generasi terkini ini ke pasaran tempatan, pihak NCAP pula mengumumkan yang model ini telah dianugerahkan markah penuh 5-bintang untuk keselamatan. Menurut NCAP, SUV telah mendapat markah yang tinggi bagi kesemua ujian-ujian perlanggaran dan keselamatan yang dijalankan. Jika dibandingkan dengan ujian sama yang dilakukan ke atas model yang digantinya panda 2006, Tucson baharu ini menunjukkan evolusi dari segi keselamatan keseluruhan terutamanya bagi ciri bantuan keselamatan. NCAP menyatakan bahawa teknologi AEB (sistem brek kecemasan autonomous) adalah satu ciri tambahan yang boleh dipilih, tetapi tidak disertakan di dalam pemarkahan kerana ia dijangka tidak akan mendapat sambutan daripada pembeli. Harus juga kami tekankan bahawa varian yang diuji oleh NCAP tidak semestinya serupa dengan apa yang HSDM akan jual di pasaran tempatan, tetapi NCAP turut menyatakan bahawa hasil ujian yang dilakukan bagi Tucson baharu ini mewakili semua varian (termasuk 4x2 dan 4x4) yang ada. Spesifikasi model diuji Kereta: Hyundai Tucson 1.7-diesel GLS 2x2, pemanduan belah kiri (LHD) Badan: Wagon 5-pintu Tahun pengeluaran: 2015 Berat: 1,494kg * Sebab-sebab dokumen laporan NCAP Eropah mengelaskan Tucson ini sebagai ‘wagon’ tidak dapat dipastikan
Topic Berkaitan
#
# keselamatan
# NCAP
# Tucson
#Hyundai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan