Dari sekarang sehingga akhir Jun 2015 ini, Proton sedang menjalankan kempen ‘Even More Value’ yang memberi pembeli tambahan jumlah waranti sehingga tujuh tahun untuk beberapa model Proton terpilih. Selain itu, kempen ini memberi kadar faedah 1.99% (untuk Saga dan Iriz) dan pembiayaan 100% untuk pekerja kerajaan.

Juga menarik adalah nilai lebih baik bagi pembeli dari kalangan siswazah.

“Waranti tujuh tahun membuktikan bahawa kereta Proton dijual pada harga yang sangat kompetitif berbanding jenama-jenama kereta lain di Malaysia. Ini terutamanya untuk model Iriz yang dilengkapi peralatan keselamatan seperti VDC, traction control, ESC dan hill-hold assist” kata Dato’ Abdul harith Abdullah, ketua pegawai eksekutif Proton.

“Selain daripada waranti tambahan ini dan kadar faedah yang rendah, pembeli juga boleh menikmati pakej servis dengan diskaun 26% bagi model terpilih,” tambah beliau lagi.

(Klik untuk imej penuh)