Ketua Polis Negeri Datuk Razarudin Husain menegaskan sebarang hebahan kononnya kes Exco Perak Paul Yong Choo Kiong yang didakwa merogol pembantu rumahnya telah ditutup adalah tidak benar.
Razarudin berkata, susulan itu, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap pemilik Facebook, Fahaizal Zee, kerana membuat fitnah terhadap Ketua Polis Perak dengan menyatakan exco tersebut dibebaskan.
"Pihak polis mendapati orang ramai masih mempercayai dan menularkan bahawa kes ini ditutup oleh pihak pendakwaan selepas mendapat arahan dari Jabatan Peguam Negara.
"Orang ramai mendakwa pihak polis tidak menjalankan tugas penyiasatan dengan baik sehingga menyebabkan kes tidak dapat diteruskan.
"Dimaklumkan bahawa, pihak peguam Paul Yong telah menghantar representasinya kepada Peguam Negara tetapi permohonan itu ditolak dan mengarahkan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak meneruskan pendakwaan terhadap kes ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tegasnya lagi, tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyebarkan kononnya kes ini telah ditutup.
"Pada 30 Januari (Khamis), pihak polis telah menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998/ Seksyen 500 Kanun Keseksaan/ Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan terhadap pemilik Facebook Fahaizal Zee.
"Ia berikutan fitnah terhadap Ketua Polis Perak dengan menyatakan Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah dibebaskan," katanya.
Ujarnya lagi, perbicaraan kes exco berkenaan telah ditetapkan pada 10 hingga 14 Februari depan.
Prsiapan rapi dan kawalan keselamatan di kawasan mahkamah akan dilakukan di sepanjang perbicaraan berlangsung, tambah Razarudin.
Aida Aziz
Fri Jan 31 2020
Razarudin berkata, perbicaraan kes Paul Yong telah ditetapkan pada 10 hingga 14 Februari depan. - Gambar fail
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
AWANI Tonight: UN Human Rights calls for independent investigation on Gaza mass graves
The UN Human Rights calls for an independent and transparent investigation into the mass graves found in and around hospitals in Gaza, including the Nasser Hospital.
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
Exco Perak sahkan atlet Tingkatan Tiga ditendang, dipijak senior
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Gunung Rapat, dekat sini mengalami kecederaan dipercayai dibuli seorang pelajar lelaki senior tingkatan lima, pada Isnin.
Perak laksana projek rintis Smart Masjid, kawal penggunaan elektrik melalui aplikasi pintar
Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan projek perintis Internet Benda (IoT) yang berupaya merancang dan mengawal pengunaan elektrik di masjid.
Jambatan baharu rentangi Sungai Perak di Kampung Sawa siap
Jambatan baharu yang dibina di Kampung Sawa, dekat sini, selepas jambatan lama dihanyutkan banjir besar pada 2014, siap sepenuhnya.
Perak perhalusi cadangan letak mesin layan diri tuala wanita di sekolah rendah- Exco
Kerajaan negeri Perak akan memperhalusi cadangan untuk meletakkan mesin layan diri tuala wanita di kawasan strategik, khususnya di sekolah rendah.
48 laporan jangkitan saluran pernafasan di Perak
Sebanyak 48 kejadian wabak jangkitan saluran pernafasan dilaporkan di negeri ini setakat Khamis lalu.
Exco Perak disahkan positif COVID-19
Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria disahkan positif COVID-19.
Air Terjun Tanjung Batu, Segari masih terpelihara, yang tular alur air bermusim- Exco Perak
Kawasan terjejas yang tular baru-baru ini adalah alur air bermusim yang hanya muncul apabila hujan terutama ketika hujan lebat.
Penjualan air terawat ke Pulau Pinang masih belum diputuskan - Exco Perak
Isu penjualan air antara Pulau Pinang dan Perak belum dapat diselesaikan kerana Pulau Pinang mahu membeli air mentah manakala kerajaan Perak hanya akan menjual air terawat
34,150 pelajar di Perak mula bersekolah 24 Jun ini
Mereka terdiri daripada 28,813 pelajar tingkatan lima dan 3,847 pelajar tingkatan enam atas di samping 1,034 yang akan menduduki peperiksaan SVM dan 456 STAM.