AYER KEROH: Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka akan dilantik dalam tempoh 48 jam.
Ketua Menteri ke-13 yang baru mengangkat sumpah, Datuk Ab Rauf Yusoh bagaimanapun berkata, beliau belum dapat mengesahkan sama ada pelantikan itu akan turut melibatkan wakil rakyat daripada blok Pakatan Harapan (PH) ataupun tidak.
Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum membuat sebarang keputusan.
“Sudah pasti barisan Exco akan diputuskan dalam masa terdekat (dan) saya sedang membuat pertimbangan tentang pelantikan-pelantikan Exco baru ini.
“Saya tidak dapat panduan lagi (kerjasama bersama PH), saya akan cuba merujuk kepada pucuk pimpinan untuk pastikan apakah hala tujunya dan saya akan ambil petua tersebut untuk merangka Exco kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menandatangani dokumen pelantikan Ketua Menteri Melaka Ke-13 pada Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka ke-13 di Dewan Seri Utama Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka Ayer Keroh hari ini.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara itu berkata, ketika ini terdapat 21 kerusi DUN dimenangi Barisan Nasional (BN) dan pembahagian 10 jawatan itu akan dibuat dalam kalangan mereka.
“Exco terdahulu sewaktu zaman Datuk Seri Sulaiman Md Ali secara automatiknya telah terbubar dan (Exco) baru bergantung pada ilham saya.
“Kita akan kekalkan 10 orang (Exco), blok kita (BN) menang tu 21 (kerusi) dan pandai-pandai lah mereka berkira (agih),” katanya.
Sementara itu Ab Rauf berkata nasib bekas Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis sama ada akan dilantik semula ataupun tidak hanya akan diketahui sedikit masa lagi.
Katanya, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan.
“(Perkara itu) kita tunggu dan lihat.
“Nanti kita cari rumah lah, rumah mana atap bocor (untuk Jailani),” katanya ringkas.
Ab Rauf berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Muhammad Jailani yang juga ADUN Rembia yang secara lantang mendakwa Melaka akan mempunyai ketua menteri ‘pintu belakang’ di sebalik penggantian Ketua Menteri sedia ada.
Pada Mac 2020 lalu, Muhammad Jailani antara empat wakil rakyat PH di Melaka yang bertindak menyokong gabungan Perikatan Nasional (PN) selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri Melaka ketika itu, Adly Zahari sehingga kerajaan PH Melaka tumbang.
Beliau kemudiannya dikatakan dipecat PKR sebelum mengumumkan menyertai UMNO bagi membolehkannya dipilih bertanding semula mewakili BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November 2021.
Ab Rauf Yusoh hari ini selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada Jumaat.
Istiadat angkat sumpah beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT), jam 3.33 petang.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Mar 31 2023
Ab Rauf pada sidang media pertamanya sebagai Ketua Menteri selepas Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka ke-13 hari ini. - Foto BERNAMA
Kanak-kanak lima tahun maut didera, suami isteri ditahan
Terdapat kesan pukul pada seluruh anggota badan mangsa menggunakan objek tumpul selain luka akibat koyakan pada bahagian saluran peranakan serta dubur.
Penjimatan subsidi diesel dikembalikan kepada rakyat melalui STR, pengangkutan awam - PM
Langkah itu memberikan penjimatan RM4 bilion setahun dan pelaksanaannya telah melalui penelitian rapi di pelbagai peringkat.
MINDEF serah surat setuju terima pembelian tiga LMS batch kedua
Malaysia bakal menerima keseluruhan tiga Kapal Misi Pesisir (LMS) batch kedua pada akhir 2027.
Simposium Haji Perdana ke-48 bincang fiqh isu asas agama Islam berkaitan haji
Simposium Haji Perdana ke-48 membincangkan fiqh isu asas agama Islam berkaitan haji khususnya berhubung kemudahan untuk umatnya.
Isteri baru dikahwini maut, suami parah tercampak dari kenderaan
Kereta Perodua Bezza yang dinaiki mangsa terbabas dan hilang kawalan serta terbalik sebelum kedua-duanya tercampak keluar.
Pejuang Houthi tahan perisik AS-Israel
Pasukan pejuang disokong Iran itu menahan puluhan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Data ekonomi positif, cerminan pemulihan?
Tiga data ekonomi utama yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), iaitu pengangguran, pembuatan dan perindustrian menunjukkan sisi positif.
Adakah ini bermakna ekonomi semakin pulih pasca cabaran ekonomi global dan apakah 'downside risk' yang perlu dilihat?
Adakah ini bermakna ekonomi semakin pulih pasca cabaran ekonomi global dan apakah 'downside risk' yang perlu dilihat?
[Data & Statistik] Indeks Pengeluaran Perindustrian, Malaysia April 2024
Indeks Pengeluaran Perindustrian terus meningkat sebanyak 6.1 peratus
pada April 2024, didorong oleh pertumbuhan output sektor Pembuatan yang
lebih tinggi
pada April 2024, didorong oleh pertumbuhan output sektor Pembuatan yang
lebih tinggi
[Data & Statistik] Perangkaan Pembuatan, Malaysia, April 2024
Nilai jualan sektor Pembuatan meningkat sebanyak 5.7 peratus, mencapai
nilai RM153.2 bilion pada April 2024
nilai RM153.2 bilion pada April 2024
[Data & Statistik] Tenaga Buruh Malaysia, April 2024
Bilangan penganggur terus menurun pada April 2024 kepada
566.4 ribu orang, merekodkan kadar pengangguran 3.3 peratus.
566.4 ribu orang, merekodkan kadar pengangguran 3.3 peratus.
Kenaikan harga bekalan dipercayai berpunca daripada orang tengah - Exco Melaka
Kenaikan harga bekalan makanan seperti sayur-sayuran dan ayam di Melaka dipercayai berpunca daripada orang tengah yang membekalkan barangan berkenaan kepada peniaga pada harga tinggi.
Barisan Exco Negeri Melaka angkat sumpah petang ini
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia barisan Exco Negeri Melaka bakal berlangsung kira-kira jam 3 petang ini.
Dua sekolah di Melaka ditutup tiga hari akibat COVID - Exco
Dua sekolah rendah di negeri ini ditutup tiga hari susulan terdapat warga sekolah dan murid dikesan positif COVID-19.
Idris Haron, ADUN Bersatu, PKR, Bebas angkat sumpah Exco Melaka
Sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron selesai mengangkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) petang tadi.