awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco perlu isytihar aset - Khalid Ibrahim

Hasbullah Awang Chik
Hasbullah Awang Chik
30/05/2013
10:03 MYT
Exco perlu isytihar aset - Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menyambut baik cadangan pihak yang meminta exco kerajaan negeri Selangor menilai aset peribadi mereka.
“Boleh. Pada tahun lalu telah diadakan pengisytiharan. Setiap penambahan aset semasa exco bertugas perlu dilaporkan.
“Saya fikir yang penting adalah exco dahulu kerana mereka menjalankan tugas eksekutif. Pengisytiharan ini akan dilakukan sebelum dewan undangan negeri bermula,” jelas Khalid dalam satu sidang media yang diadakan di Istana Alam Shah, Klang.
Khalid turut memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan bermula pada 21 Jun ini.
“Satu upacara angkat sumpah akan diadakan pada hari berkenaan. Hari tersebut akan menentukan speaker dan timbalannya.
“28 Jun merupakan persidangan DUN yang pertama dan DYMM Tuanku Sultan akan merasmikan persidangan tersebut,” ujar Khalid.
Adun Pelabuhan Klang itu turut memberitahu kerajaan negeri komited meningkatkan perkhidmatan pembekalan air.
“Keutamaan kita meningkatkan bekalan air kepada rakyat Selangor dan Lembah Klang menerusi penstrukturan semula perkhidmatan air seperti yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air.
“Keutamaan lain ialah menaik taraf jalan-jalan. Keadaan jalan kurang memuaskan mendorong kerajaan negeri mengadakan Ops Tampal Jalan di seluruh negeri.
“Kita telah membelanjakan RM120 juta untuk membaiki 2.7 juta meter persegi termasuk menampal lubang pada harga RM35 setiap meter persegi,” tambah Khalid.
Pada 14 Mei lalu, Khalid telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi 17 daripada 22 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Hari ini seramai 10 orang exco kerajaan negeri Selangor mengangkat sumpah untuk pelbagai portfolio kerajaan negeri.
Topic Berkaitan
#Alam Shah
#DUN
#Exco
#Khalid Ibrahim
#menilai aset
#pengisytiharan
#Selangor
#Sultan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan