awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Facebook, Instagram dan Threads bakal label imej dijana AI

Amanz
Amanz
07/02/2024
04:00 MYT
Facebook, Instagram dan Threads bakal label imej dijana AI
Meta akan menyokong beberapa sistem pengesahan identiti imej seperti C2PA dan IPTC. -Amanz
PENGGUNAAN AI untuk menghasilkan kandungan di media sosial sekarang sudah menjadi sesuatu yang lazim dan kita mula melihat kandungan AI digunakan bagi tujuan penipuan.
Dua minggu lalu suara Siti Nurhaliza digunakan dalam pengiklanan produk yang kononnya diperakui oleh beliau.
Meta telah mengumumkan mereka akan mula melabel kandungan yang dijana AI pada Facebook, Instagram dan Threads dalam masa terdekat.
Label dicadangkan oleh Meta
Label mengatakan imej dijana oleh AI akan dapat dilihat dalam aplikasi-aplikasi ini. Apabila ikon ditekan, maklumat mengenai apakah yang digunakan untuk menjananya akan dapat dilihat oleh semua.
Meta akan menyokong beberapa sistem pengesahan identiti imej seperti C2PA dan IPTC.
Sistem ini digunakan oleh Google, OpenAI, Microsoft, Adobe, Midjourney, dan Shutterstock untuk meletakkan data meta mengenai identiti imej serta melabel ia dijana oleh AI.
Label imej oleh C2PA
Pada waktu ini hanya imej dijana oleh AI mengandungi data meta dan tera air yang mudah dilihat.
Kepada penghasil kandungan yang menjana audio dan video dengan AI pula, pilihan akan diberikan menyatakan kandungan dihasilkan dengan bantuan AI bagi mengelakkan kekeliruan penonton.
Kegagalan untuk meletakkan label ini boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan.
Kesemua ciri ini diumumkan Meta sebagai persediaan mengharungi pilihan raya Presiden Amerika yang dijangka akan melihat penggunaan AI meningkat mendadak.
Kandungan palsu yang dahulunya hanya sekadar gambar kini wujud dalam bentuk video serta audio. -Amanz
Topic Berkaitan
#Facebook
#Instagram
#imej dijana AI
#kandungan palsu
#C2PA dan IPTC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan