awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Lanjutan kontrak MotoGP Malaysia dijangka diketahui bulan ini - CEO SIC
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Facebook 'potong riben' pejabat cawangannya di Malaysia esok?

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
04/05/2016
12:32 MYT
Facebook 'potong riben' pejabat cawangannya di Malaysia esok?
Facebook akan terus menjalinkan kerjasama seumpama itu dan akan terus memastikan penggunaannya dapat dimaksimumkan.
Naib Presiden Facebook Asia Pasifik, Dan Neary hari ini mengumumkan pembukaan pejabat cawangan Facebook di Malaysia.
Neary, melalui akaun Facebooknya memberitahu, langkah itu diambil atas dasar hasrat mahu melihat perkongsian informasi dan jalinan hubungan antara pengguna akan lebih meluas.
Kenyataan tersebut menerima reaksi meluas media antarabangsa termasuk portal terkenal Mashable yang turut mendedahkan beberapa foto sekitar pejabat tersebut.
#fb4my
A photo posted by @eo_apac on
May 3, 2016 at 4:16pm PDT
Ini tentunya sesuatu yang positif memandangkan pengguna Facebook di negara ini mencecah 18 juta, yang bukan sahaja menggunakannya untuk bersosial, tetapi juga memulakan perniagaan.
Turut mendapat perhatian Neary adalah bagaimana butik atas talian, Zawara memasuki bidang perniagaan e-commerce butik wanita Muslimah.
Kegigihan mereka memulakan jenama itu menggunakan platform Facebook adalah sesuatu yang membanggakan.
Facebook, kata Neary, akan terus menjalinkan kerjasama seumpama itu dan akan terus memastikan penggunaannya dapat dimaksimumkan.
Media tempatan menerima email jemputan daripada Facebook untuk hadir ke satu majlis eksklusif yang dianjurkan oleh syarikat tersebut pagi esok/
Biarpun tiada maklumat terperinci berkenaan acara tersebut, dijangkakan acara eksklusif itu adalah berkaitan dengan pendedahan pejabat Facebook di Malaysia.
Sama ada pengasas Facebook iaitu Marc Zuckerberg akan hadir atau tidak ke majlis tersebut masih belum diketahui.
Topic Berkaitan
#Dan Neary
#Facebook
#Facebook Malaysia
#laman sosial
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan