awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme

Bernama
Bernama
23/02/2025
02:30 MYT
Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Fadillah menyantuni kanak-kanak autistik yang menyertai Larian KL Autism Awareness Fun Run 2025 di Dataran DBKL, Kuala Lumpur, hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menyertai lebih 4,000 peserta pada Larian KL Autism Awareness Fun Run 2025 yang julung kali diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap golongan autisme.
Larian anjuran Pertubuhan Amal dan Dakwah Anak Istimewa dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan itu bermula di Dataran DBKL dan turut disertai anak-anak autisme.
Bercakap kepada pemberita sebelum melepaskan peserta larian itu, Fadillah berkata penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
"Menerusi program seperti ini, diharapkan lebih ramai anggota masyarakat sedar bahawa anak-anak autisme ini sebenarnya mempunyai keistimewaan mereka sendiri.
"Diharap masyarakat berikan bantuan dan sokongan, ia tidak semestinya dalam bentuk wang, tetapi sokongan moral seperti penyertaan program seperti ini," katanya.
Salah seorang peserta, Azira Hashim berkata beliau teruja menyertai larian itu sebagai tanda sokongan kepada anak lelakinya berusia lapan tahun yang menghidap autisme.
"Sebenarnya anak-anak autisme ini memang perlukan aktiviti luar seperti ini sebab ia dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi mereka seperti tidak boleh mendengar bunyi yang kuat, tidak boleh bergaul dan sebagainya.
"Alhamdulillah, dengan penyertaan pelbagai program, anak saya sekarang sudah tiada masalah dengan bunyi kuat dan tidak lagi memerlukan noise canceling, sudah boleh bergaul dan berkongsi permainan...kita perlukan sokongan masyarakat dan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Autisme
#Larian KL Autism Awareness Fun Run 2025
#larian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan