Bagi seorang mualaf yang berjaya menghafaz 10 juzuk al-Quran, antara tip mudah beliau menghafal surah ialah memahami terjemahan kitab suci itu agar menjadikannya bahan menyeronokkan untuk dibaca.
Lebih menarik, Tan Mike Foong, 23, yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, tidak menjadikan kecacatannya itu sebagai penghalang untuk beliau bergelar Huffaz suatu hari nanti.
"Selain memahami terjemahan al-Quran, saya juga cuba mengurangkan penggunaan gajet dan media sosial, kerana bagi saya smartphone dan laptop, adalah 'syaitan' paling besar yang sering menggoda manusia sehingga lalai.
"Dalam proses hafaz al-Quran, tiada jalan pintas, kita memang kena tekan diri kita sebanyak mungkin untuk fokus, lumrah menghafaz secara berulang juga akan menjadikan kita bosan, jadi saya memahami terjemahannya supaya ia menyeronokkan," katanya ketika ditemui pada Istiadat Konvoskesyen Darul Quran Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) kali ke-28 di sini hari ini.
Tan merupakan pelajar mualaf yang berjaya menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama setahun dan kali pertama memperoleh Anugerah Khas dan menerima skrol Program Asas Tahfiz.
Beliau yang kini melanjutkan pelajaran ke Program Diploma Tahfiz al-Quran, ditemani ibunya, Ang Bee Cheng, 48, yang bukan beragama Islam pada majlis itu.
Tan yang mempelajari al-Quran menggunakan kaedah braille berkata beliau mahu memberi fokus dalam bidang tafsir serta hadis dan mahu melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi dalam tahfiz al-Quran.
Bekas pelajar pendidikan khas Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kubu Bharu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setapak, Kuala Lumpur, itu berkata beliau mula memeluk Islam pada 2015 tanpa pengetahuan ibu bapanya.
Tan tertarik dengan agama Islam apabila sering terdengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari masjid di belakang sekolahnya setiap kali masuk waktu solat.
Sementara itu, pada majlis konvokesyen, 723 graduan daripada lapan program pengajian yang ditawarkan di Darul Quran menerima diploma dan sijil masing-masing.
Selain Tan, enam graduan etnik pribumi Sabah dan Sarawak, juga buat pertama kali menerima skrol program Sijil Asas Tahfiz serta disahkan menghafaz 10 juzuk al-Quran.
Bernama
Sat Jul 27 2019
Tan Mike Foong, 23, yang juga seorang OKU penglihatan, tidak menjadikan kecacatannya itu sebagai penghalang untuk beliau bergelar Huffaz.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Liga-M: Dua pemain digantung perlawanan, dua lagi diberi amaran keras - FAM
Dua pemain digantung perlawanan manakala dua lagi diberi amaran keras susulan kesalahan dilakukan dalam perlawanan saingan baru-baru ini.
Rasuah bekas Presiden Korea Selatan, pewaris Samsung Group dihukum penjara
Pewaris syarikat gergasi teknologi, Samsung Group (Samsung), Lee Jae-yong dihukum penjara dua setengah tahun kerana didapati bersalah merasuah bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada 2015.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
China kecam tindakan AS ke atas Iran
Lijian berkata AS tidak mempunyai hak untuk mendesak tindakan ke atas Iran.
Tak buang pekerja walaupun terjejas akibat COVID-19, pengorbanan majikan akhirnya berbaloi
Meskipun masih mengalami kerugian sekitar 20 peratus, namun ia jauh lebih baik daripada penurunan 55 peratus dialami pada Mac lalu.
Aung San Suu Kyi sah bertanding untuk penggal kedua
Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi bakal bertanding bagi pilihan raya penggal kedua selepas mencalonkan diri sendiri.
PM Lee umum Kabinet baharu Singapura
Lee berkata Heng Swee Keat akan memikul tanggungjawab tambahan sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Ekonomi.
Wanita dipenjara atas 208 pertuduhan pecah amanah
Terdahulu, jurubahasa mahkamah mengambil masa kira-kira dua jam untuk membacakan kesemua pertuduhan yang dihadapi Nooriante.
Lagi kes kucing mati dimasuk dalam mesin dobi pakaian
Arie berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi dan disedari orang awam sekitar pukul 9 pagi tadi.
Korban pertama COVID-19 di luar negara layak terima bantuan PERKESO
Seorang rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Qatar akibat COVID-19 10 Jun lepas layak menerima bantuan Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM 2,000 dan faedah Pencen Penakat hari ini.