awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi kecam tindakan ugut, ancam keselamatan wartawan

Bernama
Bernama
24/05/2024
08:42 MYT
Fahmi kecam tindakan ugut, ancam keselamatan wartawan
Fahmi berkata wartawan perlu bebas melakukan tugas dan jika menerima ugutan, mereka mempunyai hak untuk membuat laporan serta tidak harus dihalang. -Gambar fail
KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa wartawan perlu bebas melakukan tugas mereka dan bagi yang menerima ugutan, mereka mempunyai hak untuk membuat laporan serta tidak harus dihalang.
"Saya tidak bersetuju dan kecam sebarang tindakan mengugut atau mengancam keselamatan wartawan. Saya belum terima maklumat penuh mengenai insiden terbabit.
"Namun, saya bersedia untuk bertemu kedua-dua pihak iaitu wartawan yang didakwa diancam dan juga mereka yang didakwa mengancam.
"Saya ingin fahami apa yang berlaku dan sebaik mungkin mencari penyelesaian," kata Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) Teh Athira Mohamed Yusof berkata pihaknya amat prihatin terhadap keselamatan dan kesejahteraan wartawan terlibat iaitu P. Puvaneswaran dan M. Pavalam, serta seluruh komuniti wartawan Tamil.
NUJ menerusi kenyataan meminta Fahmi memberi perhatian mengenai kejadian itu dan mengambil tindakan segera bagi menghentikan sebarang bentuk serangan terhadap wartawan.
Sementara itu, Fahmi berkata beliau mengingatkan dirinya sendiri serta rakan-rakan politik lain untuk menjaga adab dan akhlak mereka terutamanya semasa berhadapan dengan media.
"Walaupun mereka (ahli politik) tidak bersetuju dengan pandangan dalam sesuatu laporan itu, secara umumnya mereka ada hak untuk menjawab.
"Jadi gunakan ruang itu, jangan melakukan sebarang tindakan di luar lunas undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#portal berita
#ahli politik ugut wartawan
#NUJ
#wartawan Tamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan