awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi ketuai delegasi Malaysia hadiri perbincangan meja bulat Telenor di Oslo

Bernama
Bernama
28/02/2024
22:45 MYT
Fahmi ketuai delegasi Malaysia hadiri perbincangan meja bulat Telenor di Oslo
Fahmi dijadual menghadiri perbincangan 'Meja Bulat Komunikasi Generasi Seterusnya' anjuran syarikat gergasi telekomunikasi Norway Telenor Group bermula 29 Feb hingga 1 Mac, 2024, di Oslo. - Gambar Bernama
OSLO: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dijadual menghadiri perbincangan 'Meja Bulat Komunikasi Generasi Seterusnya' anjuran syarikat gergasi telekomunikasi Norway Telenor Group bermula 29 Feb hingga 1 Mac, 2024, di sini.
Fahmi dijangka tiba di ibu kota Norway itu pada Rabu (waktu tempatan) selepas menghadiri Kongres Mudah Alih Sedunia 2024 di Barcelona, Sepanyol.
Beliau akan bertemu dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Telenor, Sigve Brekke; Timbalan Ketua Telenor Asia, Hakon Bruaset Kjol bersama-sama dengan wakil Telenor Asia dan pakar-pakar kumpulan untuk berkongsi perspektif tentang 5G, inovasi dan nilai pemacuan daripada teknologi.
Perbincangan meja bulat itu akan disertai wakil daripada kerajaan Norway, Norwegian Communications Authority, pakar-pakar Telenor dan perintis industri serta rakan kongsi luaran Digital Norway dan persatuan perniagaan, Abelia.
Seorang pegawai kerajaan Norway akan membentangkan mengenai pendekatan dasar negara itu ke arah membina masyarakat berdigital.
Menurut Telenor Group, Fahmi akan dijemput untuk berkongsi tentang aspirasi 5G Malaysia serta dasar kerajaan yang mendukungnya dan aplikasi inovatif yang menggalakkan penerima gunaan 5G.
Program lain Fahmi semasa lawatan kerja beliau termasuklah melawat Norwegian Radium Hospital untuk melihat use case 5G bagi sektor penjagaan kesihatan serta pusat operasi jarak jauh (ROC) canggih di Horten Harbour, yang mana Telenor Maritime akan mempamerkan kapal autonomi dan bagaimana pautan komunkasi berbeza, termasuk sistem 5G, menghubungkan kapal itu kepada ROC.
Seterusnya, beliau akan melawat Telenor Common Network Operation Centre (CNOC) untuk memahami bagaimana Telenor memantau status operasinya di seluruh negara
Telenor Norway juga akan berkongsi pendekatannya mengenai pembulian siber dan keselamatan dalam talian selepas delegasi itu membentangkan use case 5G di Pusat Inovasi Telenor. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Meja Bulat Komunikasi Generasi Seterusnya
#Norway Telenor Group
#Digital Norway
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan