KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di media sosial.
Fahmi berkata beliau mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang meminta tindakan diambil berhubung sedutan klip video itu yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.
"Saya telah menonton sebahagian video yang telah dimuat naik dan saya telah minta MCMC untuk meneliti perkara ini dan mengambil tindakan bersesuaian... tetapi pada masa sama, ramai yang mungkin mengambil maklum keputusan Datuk Seri Aliff Syukri untuk tidak memuat naik (klip penuh) video tersebut.
"Buat masa ini, kita biarkan dahulu," katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Pengamal Media bersama Fahmi di sini malam ini.
Aliff Syukri sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuat naik sedutan lagu Aidilfitri terbaharu yang bertajuk 'Love Raya' di laman Instagram peribadinya sejak Ahad yang memaparkan adegan kurang sopan.
Usahawan kosmetik itu bagaimanapun telah memadam video berkenaan dan memohon maaf selepas menerima kecaman daripada pengguna media sosial.
Fahmi menasihati pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial supaya menghasilkan kandungan yang sesuai dengan semua lapisan umur terutama kanak-kanak.
"Kita perlu memikirkan kandungan yang kita hasilkan dengan lebih mendalam sama ada sesuai memandangkan pada waktu ini, kita tidak tahu (sama ada) yang menonton kandungan itu berumur 90 tahun, 19 tahun atau sembilan tahun," katanya.
Beliau berkata kerajaan bimbang dengan kandungan yang boleh mendatangkan kesan negatif terutama kepada kanak-kanak di bawah 13 tahun.
"Pada masa ini, pihak media sosial ambil sikap lepas tangan, mereka cuma meletakkan verifikasi yang dengan mudah sesiapa sahaja boleh berbohong tentang umur mereka," katanya.
Justeru, Fahmi sekali lagi akan bertemu dengan pengendali platform media sosial dalam masa terdekat bagi memastikan ia selamat digunakan atau tidak digunakan oleh kanak-kanak bawah 13 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Fahmi berkata beliau mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang meminta tindakan diambil berhubung sedutan klip video itu yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat. - Gambar fail/Astro AWANI
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Pengawal selia tempa haluan untuk inovasi yang mampan dan selamat pada IRC 2024
Menghimpun pengawal selia serantau dan pemimpin industri dalam membincangkan usaha mengimbangi dasar dan amalan bagi mendepani cabaran dalam industri komunikasi dan multimedia.
IRC 2024 tarik 800 penyertaan fokus tangani isu inovasi keselamatan digital
Perkongsian peserta yang terdiri daripada pengawal selia dan pakar bidang subjek adalah penting.
MCMC cadang tambah baik liputan internet di Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluaskan radius liputan internet sedia ada di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Liputan internet di N.Sembilan capai 98.35 peratus suku pertama tahun ini - MCMC
Liputan rangkaian internet di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan mencapai 98.35 peratus pada suku pertama tahun ini.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).