awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi terima memorandum berkaitan PPPA

Bernama
Bernama
04/12/2024
09:45 MYT
Fahmi terima memorandum berkaitan PPPA
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (tengah), berucap selepas menerima memorandum daripada Sekretariat Fourth for the Fourth (404) di perkarangan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini menerima memorandum daripada gerakan gabungan tiga organisasi media yang tidak bersetuju dengan cadangan pindaan beberapa akta khususnya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984, yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.
Fahmi berkata walaupun PPPA di bawah kementerian lain, namun selaku Menteri Komunikasi, beliau akan membawa isu berkenaan kepada perhatian jemaah Menteri.
"Yang penting kita mahu suasana yang positif bagi media untuk terus beroperasi dengan baik di samping menjaga hak dan kebebasan media... suara rakyat amnya," katanya kepada pemberita selepas menerima memorandum tersebut.
Memorandum itu diserahkan kepada Fahmi dan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Tunku Nashrul Tunku Abaidah oleh sekretariat Fourth for The Fourth (404) di persimpangan Jalan Parlimen berdekatan laluan masuk ke Bangunan Parlimen hari ini.
Kumpulan itu mewakili Gerakan Media Merdeka (GERAMM), Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Centre of Independent Journalism (CIJ).
Sementara itu Fahmi berkata Kementerian Komunikasi sedang berusaha membawa Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia untuk dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Beliau berkata rang undang-undang tersebut akan membantu menguruskan hal ehwal media secara lebih terangkum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
#organisasi media
#Bantahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan