NATIONAL
Fahmi ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Haris Ibrahim

Haris, 63, yang dilaporkan menghidap kanser paru-paru, meninggal dunia di kediaman adik lelakinya di Taman Tun Dr Ismail, di sini, tengah hari ini. -Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga peguam dan aktivis masyarakat, Allahyarham Haris Ibrahim yang meninggal dunia, hari ini.
Fahmi, menerusi hantaran di laman di Facebook rasminya, mendoakan semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian itu.
Terdahulu, media melaporkan berita pemergian Haris yang dimaklumkan adik ipar Allahyarham, Firoza Burhan.
Haris, 63, yang dilaporkan menghidap kanser paru-paru, meninggal dunia di kediaman adik lelakinya di Taman Tun Dr Ismail, di sini, tengah hari ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami