MALAYSIA
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Malaysia Nurulanuar

Allahyarham Nurulanuar (kiri) dikenang sebagai individu berbakat dalam bidang seni dan pernah menghasilkan karikatur untuk Fahmi semasa majlis media bulan lepas. -Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat bekas wartawan Utusan Malaysia Nurulanuar Mansor yang meninggal dunia semalam.
Ringkasan AI
- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyampaikan takziah atas pemergian bekas wartawan Utusan Malaysia, Nurulanuar Mansor, yang meninggal dunia akibat pembuluh darah pecah.
- Allahyarham dikenang sebagai individu berbakat dalam bidang seni dan pernah menghasilkan karikatur untuk Fahmi semasa majlis media bulan lepas.
- Jenazah disembahyangkan di Masjid Saidina Hamzah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Selasih, Batu Caves, dengan penghormatan daripada rakan media dan pemimpin negara.
"Allahyarham pernah menghasilkan karikatur yang dihadiahkan kepada saya semasa Majlis Makan Malam Gabungan Kelab Media Malaysia, bulan lepas.
"Takziah kepada seluruh anggota keluarga dan sahabat handai Allahyarham. Saya doakan agar mereka diberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam mendepani kehilangan ini," katanya.
Fahmi turut mendoakan agar Allah SWT mengampunkan dosa, menerima amal dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang beriman.
Sementara itu, Presiden KLS Wan Syamsul Amly Wan Seadey ketika dihubungi Bernama memaklumkan Allahyarham Nurulanuar meninggal dunia di Hospital Putrajaya semalam, difahamkan akibat pembuluh darah pecah.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Saidina Hamzah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Lebuhraya KL-Karak, Taman Selasih, Batu Caves.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami