TERPALIT dengan dakwaan penyebaran foto lucah peribadi, penyanyi terkenal, Faizal Tahir menyerahkan pada netizen untuk membuat pertimbangan.
Tanpa menafi atau mengesahkan foto bogel yang tular di media sosial itu, penyanyi yang baru saja melancarkan album terbaharunya, Rojak menegaskan, dakwaan sedemikian hanyalah cubaan pihak tertentu untuk mengganggu keamanan rumah tangganya.
Faizal atau nama sebenarnya, Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 41, berkata, tiada sebab untuk dia menjawab dakwaan tidak berasas itu.
"Kalau ini percubaan orang untuk kacau rumah tangga saya, saya doakan baik-baik untuk dia. Rumah tangga saya bahagia.
"Saya rasa, saya tidak perlu untuk menjawab apa-apa kerana tiada siapa yang boleh mengadili diri saya. Hanya isteri dan Allah sahaja yang tahu," katanya seperti dilaporkan portal berita Kosmo! Online pada Jumaat.
Sebelum ini, media sosial dibanjiri dengan perbincangan dan pertanyaan kesahihan foto bogel mirip penyanyi itu yang tular.
Menurut Faizal yang kini popular dengan lagu Ratu, ada lebih banyak hal baik yang wajar dikongsi dengan masyarakat berbanding isu itu.
"Kalau anda merasakan gambar itu adalah saya, nikmatilah," katanya.
Astro Awani
Fri Aug 02 2019

Faizal Tahir menegaskan, tidak ada sebab untuk dia menjawab mengenai dakwaan tidak berasas itu. - Gambar Instagram FAIZAL TAHIR

Sindiket pelaburan saham palsu tumpas
Seramai 21 individu termasuk lapan warga China ditahan polis Pulau Pinang selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pelaburan saham antarabangsa palsu.

Isu air Sabah: 45 peratus paip di Sabah sejak zaman British
Masalah bekalan air bersih di sabah disebabkan pelbagai faktor. Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, antara faktor utama ialah lebih 45 peratus paip air di Sabah dibina sejak zaman pemerintahan British.

Kes tembak gajah: Pemberi maklumat mungkin akan diberi ganjaran
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan berbincang dengan Jabatan Hidupan Liar Negeri berhubung ganjaran pemberi maklumat kes pembunuhan gajah pygmy di Tongod, pada minggu lalu.

Kebakaran | Jangan spekulasi insiden kebakaran bilik polis
Orang ramai terutamanya warganet diingatkan untuk tidak membuat spekulasi berhubung kejadian kebakaran bilik siasatan jenayah bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Georgetown pada Isnin.

Tun M: Malaysia boleh dipimpin PM wanita
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti Malaysia akan diterajui oleh seorang Perdana Menteri wanita. Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, proses berkenaan akan mengambil masa.

Peranti untuk PdPR | Jika Ebit Lew boleh, kenapa KPM tidak? - MBM
Proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang dilaksanakan sejak 20 Januari lalu memberi pelbagai reaksi daripada pihak guru, ibu-bapa dan murid. Menurut Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Muhammad Fadzli Hasan, meskipun pelbagai pendekatan telah diambil kerajaan, isu kekurangan peranti antara masalah utama dihadapi murid terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah.

COVID-19 | Malaysia lihat hasil vaksinasi di UK dan US
Malaysia mendapat lebih banyak maklumat mengenai keberkesanan vaksin dihasilkan syarikat farmaseutikal Pfizer selepas pelaksanaan vaksinasi di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

PKP | Lihat penutupan ekonomi bersama cadangan lain
Seruan untuk mengenakan kembali penutupan penuh untuk membendung penularan wabak COVID-19 harus dilihat bersama cadangan-cadangan lain.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu (25 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu (25 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42495336661611591074356/1887186_8967789641611591103667_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu (25 Januari 2021)

10 Berita Pilihan - (25 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Walau cetus kontroversi, Ajai sifatkan pengalaman di Big Stage begitu bermakna
Minggu pertama sahaja Ajai sudah mula trending di sosial media apabila memberi dua markah kepada peserta Hafiz Zainal.

Big Stage: Pakai 'arrangement' lama, macam pergi nyanyi karaoke - Ajai
Kena berani buat perubahan kalau tidak nanti sama sahaja macam orang lain.

Tiada lagi Siti Nurhaliza, Faizal Tahir kembali jadi juri tetap Big Stage
Program realiti hiburan popular, Big Stage kini kembali untuk musim ketiga.

Pelaburan berterusan bantu kurangkan jurang digital - Faizal Tahir
Faizal Tahir berkata usaha melipatgandakan penggunaan teknologi harus dilakukan dengan segera bagi mengelakkan kesan jangka panjang yang menyebabkan lebih ramai pelajar yang tercicir.

Faizal Tahir manfaat teknologi dalam musim PKP, sebarkan senyuman kepada orang ramai
Bagi Faizal Tahir, dia berpendapat bahawa orang ramai sudah mula sedar tentang kepentingan teknologi dalam mengamalkan normal baharu.

K-Clique artis tempatan paling banyak distrim pada 2019
K-Clique berjaya mengatasi ikon muzik tempatan seperti Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza.

Faizal Tahir umum berehat dari bidang muzik
Faizal tidak mampu menahan kesedihan dengan kehilangan Kelly dan Aji.

Alif Syukri bercita-cita berduet dengan Anuar Zain, Faizal Tahir
Tinggi sungguh cita-cita Datuk Seri Aliff Syukri!

Faizal Tahir jawab dakwaan penyebaran foto bogel
Faizal Tahir serah pada netizen untuk membuat pertimbangan mengenai foto bogel mirip wajahnya yang tular di media sosial.

'Rojak' album terakhir Faizal Tahir?
Siapa yang tidak mengenali dengan penyanyi, Faizal Tahir yang sering mencipta lagu lain daripada yang lain.