awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#FakeNews: Kenyataan mengenai orang Sabah, Sarawak bukan dari laman Facebook 'Friends of BN'

Syafique Shuib
Syafique Shuib
01/05/2018
21:04 MYT
#FakeNews: Kenyataan mengenai orang Sabah, Sarawak bukan dari laman Facebook 'Friends of BN'
Laman web BN menjelaskan, komen itu bukan dari laman rasmi Friends of BN - Barisan Nasional sebaliknya laman yang menggunakan nama dan logo yang sama. - Gambar hiasan
Terdapat satu sebaran paparan skrin di mana kononnya ‘Friends of BN-Barisan Nasional’ telah berkongsi satu komen mengenai orang Sabah dan Sarawak.
Komen yang dikongsi di Facebook itu berkata orang Sabah dan Sarawak yang tinggal di pendalaman hanya perlukan beras dan gula untuk beri sokongan.
Dalam satu kenyataan menerusi laman web Barisan Nasional (BN), parti itu menjelaskan, komen itu bukan dari laman rasmi ‘Friends of BN - Barisan Nasional’.
Sebaliknya ia merupakan laman yang menggunakan nama dan logo yang sama.
#FakeNews: Kenyataan mengenai orang Sabah, Sarawak bukan dari laman Facebook 'Friends of BN'
Laman Facebook 'Friends of BN - Barisan Nasional' mempunyai 'tick' biru
“Cara untuk membezakan laman original (asli) atau palsu adalah laman palsu tidak mempunyai ‘tick’ biru di hujung nama.
“Manakala laman original mempunyai ‘tick’ biru (sebagai tanda 'Verified') untuk menunjukkan laman sebenar,” kata satu kenyataan di laman web Barisan Nasional.
Dengan itu, segala kenyataan atau komen dari laman 'Friends of BN - Barisan Nasional' akan mempunyai 'tick' biru.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Facebook
#Facebook page
#fake news
#Friends of Barisan Nasional
#Friends of BN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan