Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan di negeri dilanda banjir seperti Kelantan serta Terengganu tidak akan terputus.
Pengerusinya Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata FAMA mempunyai logistik yang mencukupi untuk menyalurkan bekalan dari Cameron Highlands ke negeri-negeri terlibat.
"FAMA bekerja sepenuh masa sepanjang musim banjir bagi memastikan rakyat khususnya di Pantai Timur tidak terbeban akibat terjejas bekalan makanan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan harga dan bekalan di Pasar Tani Kelana Jaya di sini, hari ini.
Badruddin berkata meskipun pengeluaran hasil pertanian dan produk makanan berkurangan akibat banjir, beliau memberi jaminan bahawa harga yang dikenakan adalah berpatutan.
"Pengurangan harga lima hingga 20 peratus daripada harga pasaran semasa itu masih kekal walaupun sekarang musim banjir, kerana pasar tani di seluruh negara memegang konsep susah senang bersama," katanya.
Badruddin berkata FAMA juga melaksanakan Program Pasar Tani Khas Musim Banjir supaya pengguna di kawasan dilanda banjir dapat membeli barangan keperluan harian dengan harga berpatutan.
Katanya program itu dijalankan sejak semalam di outlet jualan terpilih iaitu di pasar tani, MyFarm Outlet, Pusat Transformasi Luar Bandar, Desaraya, Agrobazar Kedai Rakyat dan My Best Buy FAMA di 40 lokasi terpilih di Kelantan dan Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2017
FAMA mempunyai logistik yang mencukupi untuk menyalurkan bekalan dari Cameron Highlands ke negeri-negeri terlibat. - Foto Bernama
Stok minyak sawit negara meningkat kali pertama dalam enam bulan
Stok minyak sawit Malaysia meningkat pada akhir april buat pertama kali dalam tempoh enam bulan. Menurut pengawal selia industri, ia berikutan peningkatan pengeluaran walaupun terdapat penurunan dalam eksport.
Pengeluaran industri pada Mac meningkat 2.4 peratus
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 2.4 peratus pada Mac 2024, didorong pengembangan dalam kesemua sektor.
Agrobank terima dana skim kredit mikro daripada Kerajaan Sarawak
Agrobank pada Jumaat menerima Dana Tambahan Skim Kredit Mikro Sarawak berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Jumlah pengangur di Malaysia terus catat penurunan
Jumlah penganggur di Malaysia pada mac 2024 terus catat penurunan. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia menurun kepada 566,600 orang mencatatkan kadar pengangguran 3.3 peratus.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Raya Kuala Kubu Baharu esok, 11 Mei
Ikuti kupasan Penganalisis Politik USM, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok, 11 Mei.
Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM
Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM
KKM jalankan kajian perancangan sumber manusia di fasiliti awam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung perancangan keperluan sumber manusia di fasiliti kesihatan kerajaan.
Pemerasan RM1.25 juta: Tujuh polis dikenakan tindakan bawah SOSMA
Selain ACP, turut disiasat seorang Deputi Superintenden (DSP), tiga Inspektor dan masing-masing seorang Sarjan serta Lans Koperal.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan - Zambry
Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata tugas untuk mentransformasi dunia AI sebagai melengkapkan agenda pembangunan negara perlu dilaksanakan secara bersama dengan kementerian lain.
RM1.06 bilion bangunkan projek infrastruktur di Sabah tahun ini - Ahmad Zahid
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.06 bilion bagi membangunkan 224 projek infrastruktur di Sabah pada tahun ini.
FAMA beri jaminan bekalan sayur, buah di kawasan banjir tidak terputus
FAMA memberi jaminan bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan di negeri dilanda banjir seperti Kelantan serta Terengganu tidak akan terputus.