awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAMA galak usahawan bazar Ramadan sumbang makanan kepada golongan memerlukan

Bernama
Bernama
01/03/2025
22:15 MYT
FAMA galak usahawan bazar Ramadan sumbang makanan kepada golongan memerlukan
Norsalawaty melawat gerai menjelang bulan puasa pada perasmian Bazar Medan Niaga Satok di Kuching baru-baru ini. --fotoBERNAMA
KUCHING: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sarawak menggalakkan usahawan yang berniaga di bazar Ramadan anjuran FAMA untuk memberi sumbangan makanan kepada golongan yang tidak berkemampuan.
Pengarah FAMA Sarawak Norsalawaty Abdul Kadir berkata inisiatif berkenaan sekali gus dapat mengelakkan pembaziran makanan.
"Mengikut rekod terdahulu, bazar Ramadan yang kita anjurkan boleh dikategorikan sebagai pengurusan sifar sisa, maknanya jualan habis.
"Jadi, kita menggalakkan usahawan di bazar ini untuk sediakan tempat khas bagi memberi sumbangan kepada mereka yang tidak bernasib baik ... FAMA Sarawak juga akan adakan pelbagai program lebihan jualan makanan," katanya kepada pemberita semasa merasmikan tapak bazar itu baru-baru ini.
Beliau berkata FAMA negeri menganjurkan bazar Ramadan di dua lokasi di Sarawak, iaitu Medan Niaga Satok dan Pasar Tani Permai Sibu dengan sasaran nilai jualan RM2.5 juta dan 80,000 pengunjung.
Bertemakan "Mensia Marek" yang bermaksud dahulu kala, terdapat 72 lot bazar di Medan Niaga Satok dengan tiada pertindihan jenis makanan.
"Kelainan tahun ini kita mengangkat konsep tradisional dengan memperkenalkan makanan seperti sotong tutok, kuih bongkol dan banyak lagi ... pengunjung juga berpeluang membeli barangan basah yang dijual di pasar ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAMA
#Bazar Ramadan
#usahawan
#sumbangan makanan
#elak pembaziran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan