awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fasa peralihan ke endemik: Ini 5 perkara penting pengumuman Perdana Menteri hari ini

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/03/2022
11:33 MYT
Fasa peralihan ke endemik: Ini 5 perkara penting pengumuman Perdana Menteri hari ini
Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, sempadan negara dibuka semula pada 1 April ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ bermula 1 April 2022.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta selepas meneliti syor daripada menteri kuartet.
Susulan perkembangan itu, ini lima perubahan penting yang diumumkan Ismail Sabri:
1. Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan. Ini bermakna rakyat Malaysia boleh makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam.
2. Aktiviti solat jemaah di masjid, surau dan upacara sembahyang di rumah ibadat bukan Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
3. Tiada lagi had kapasiti 50 peratus bagi aktiviti perkumpulan ramai. Had kapasiti pekerja dan majlis keramaian termasuk kenduri kahwin dimansuhkan.
4. Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.
5. Sempadan negara dibuka semula pada 1 April ini. Bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap, tiada keperluan untuk menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#rakyat Malaysia
#COVID-19
#Sempadan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan