awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fatimah alami pendarahan tanpa henti selepas pembedahan, keluarga mohon doa

Gempak
Gempak
24/05/2024
05:37 MYT
Fatimah alami pendarahan tanpa henti selepas pembedahan, keluarga mohon doa
Fatimah kini ditempatkan di sebuah hospital di Birmingham sejak Mac lalu. - Foto Instagram
PERSONALITI media sosial cilik yang dikenali sebagai Fatimah dilaporkan mengalami pendarahan tanpa henti selepas melakukan prosedur pembedahan biopsi pada minggu lalu.
Lemah Sejak Dua Hari Lalu
Menerusi perkongsian di Instagram, Thefamily.uk memaklumkan, pendarahan itu berterusan sehingga hari kelapan dan keadaan kanak-kanak itu juga dikatakan semakin lemah sejak dua hari lalu.
“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi mendoakan shifa’ dan aafiyah kepada anak kesayangan kami, Fatimah Omar Mukhlis yang kini masih lagi berada di hospital.
“Fatimah mengalami pendarahan selepas prosedur pembedahan biopsi pada minggu lepas. Hari ini sudah masuk hari kelapan Fatimah mengalami pendarahan dan masih lagi belum berhenti.
“Keadaan Fatimah semakin lemah semenjak dua hari lepas,” kongsinya.
Doa Untuk Fatimah
Pada perkongsian yang sama, keluarga Fatimah memohon agar semua orang mendoakan pendarahan tersebut berhenti dengan segera dan Allah kurniakan keajaiban untuknya.
“Pohon jasa baik anda semua untuk membuat doa khusus agar pendarahan berhenti dengan segera. Semoga berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat Fatimah.
“Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata-kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.
“Semoga segala jasa baik anda semua dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT,” katanya lagi.
Fatimah kini ditempatkan di sebuah hospital di Birmingham sejak Mac lalu.
Kanak-kanak berusia 10 tahun itu meraih populariti disebabkan bertutur dalam dialek Kelantan biarpun dibesarkan di United Kingdom.
Telatah Fatimah bersama adik-beradiknya iaitu Omar Mukhtar dan Ali turut dikongsi menerusi Instagram The Family UK yang memiliki lebih 764,000 pengikut.
View this post on Instagram
A post shared by The Family UK
Topic Berkaitan
#Fatimah
#pendarahan
#United Kingdom
#pembedahan biopsi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan