RASANYA, keluarga Malaysia yang kini menetap Birmingham, United Kingdom (UK) ini tidak perlu diperkenalkan lagi.
Gelagat bijak tiga beradik, Fatimah, Ali dan Omar, menerusi akaun Instagram yang dikendalikan ibu bapa mereka, @thefamily.uk, menjadi hiburan yang menceriakan.
Terbaru, satu video dimuat naik ke akaun Instagram itu yang memaparkan keletah Ali yang melakukan role play sebagai doktor, cuba merawat masalah alergi yang dihadapi kakaknya, Fatimah.
Apa yang menggeletek hati ramai bukan sahaja aksi comel kedua-dua mereka, tetapi juga penggunaan perkataan 'gapoever' yang digunakan Fatimah.
Ali sebelum itu memberikan bermacam-macam nasihat kepada kakaknya, antaranya 'berhenti makan piza, biar saya sahaja habiskan piza'.
Reaksi Fatimah di penghujung video itu spontan, apabila melontarkan perkataan 'gapoever' kepada Ali.
Ketika artikel ini ditulis, video yang dimuat naik ke akaun yang memiliki lebih 338,000 pengikut itu sudah menerima lebih 100,000 tontonan.
Ibu mereka, Nor Ashila Mahamed Ismail, ketika dihubungi memberitahu, ini kali pertama perkataan 'gapoever' digunakan.
"Mereka (Fatimah dan Ali) memang sudah biasa mencampurkan ayat bahasa Inggeris dengan dialek Kelantan.
"Nak diikutkan, 'gapoever' kali pertama digunakan, tapi bukan perkataan pertama yang terhasil dari gabungan bahasa Inggeris dan dialek Kelantan," katanya.
'Gapoever' merupakan gabungan dua perkataan, 'gapo' yang bermaksud apa dalam dialek Kelantan, serta perkataan bahasa Inggeris ever, dan gabungan ini merujuk kepada ekspresi whatever dalam bahasa Inggeris, bermaksud 'apa sajalah'.
Perkataan itu tiba-tiba sahaja menjadi trending di laman sosial, dan ramai yang tidak dapat menahan rasa lucu tetapi dalam masa yang sama kagum dengan kebijaksanaan dan kreativiti Fatimah.
Madiha Abdullah
Tue Feb 13 2018
Keletah dua beradik ini mencuit hati dan penggunaan perkataan 'gapoever' undang gelak ketawa netizen. - @thefamily.uk
Permintaan meningkat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih positif apabila diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Malaysia kini tarikan utama profesional asing berkemahiran tinggi
Malaysia kini menjadi tarikan utama kepada para profesional asing yang berkemahiran tinggi, dengan jumlah ekspatriat yang masuk ke negara ini melepasi paras sebelum pandemik.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
Perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke majlis perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024.
Garis panduan baharu tangani pokok berusia dan berisiko siap Julai ini - DBKL
DBKL akan terus jalankan kerja-kerja pemantauan dengan mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India
Letupan berlaku berhampiran Sivakasi di daerah Virudhunagar, kira-kira 550 km dari ibu negeri Chennai.
[KOLUMNIS] PRK KKB: Perang naratif di Kuala Kubu Baharu
PILIHAN RAYA KECIL (PRK) Kuala Kubu Baharu telah menjadi pusat tumpuan bagi pemerhati dan penganalisis politik, termasuk pakar strategi Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN).
MCA minta KDN siasat DJ Korea cuba menyamar sami
Tular video yang memaparkan penampilan sulung DJ tersebut membuat persembahan dengan memakai jubah sami berwarna putih di kelab malam.
Deftech, UPNM tingkat R&D berkaitan sistem pesawat tanpa pemandu, sektor automotif
Kerjasama akan menyaksikan kedua-dua pihak meningkatkan inisiatif R&D bersama untuk teknologi sistem tanpa pemandu.
Kilang pau terkemuka diserbu, sijil halal tamat tempoh sejak dua tahun lalu
KPDN telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang dipercayai pemilik kilang serta merakam keterangan.
Tahap kesihatan Ali XPDC 'pelik tapi benar'
Serangan strok tidak melemahkan semangat Ali yang kelihatan kembali bangkit berjuang dalam industri muzik tanah air.
Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
TAMANZ tersingkir kerana perbezaan tipis, ini markah penuh minggu keenam Muzikal Lawak Superstar
Mungkin tiada rezeki buat Tamanz...
Kelab peminat bukan sekadar kumpulan sorak
Kelab peminat 'Ali Ola Bola' ini serius jalankan tanggungjawab sosial, yang diharap mampu menyemai nilai murni dalam kalangan anggotanya.
Fatimah dan Ali terus cuit hati netizen, 'gapoever' trending di laman sosial
Keletah dua beradik ini mencuit hati dan penggunaan perkataan 'gapoever' undang gelak ketawa netizen.