Jabatan Mufti Negeri Perlis memandang serius persepsi dan kerisauan dalam kalangan orang bukan Islam mengenai hak hadanah atau penjagaan anak dan keizinan pendaftaran agama Islam bagi anak daripada ibu bapa berlainan agama.
Muftinya Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, bagi menjawab kekeliruan berkaitan isu tersebut, intipati Fatwa Negeri Perlis berhubung hak berkenaan bagi anak di bawah umur 18 tahun yang dikeluarkan pada 2015 akan dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang untuk diwartakan.
Katanya, usul itu nanti memberi perhatian tentang pasangan suami isteri yang seorang daripada mereka beragama Islam tidak boleh memaksa anak mereka memeluk Islam tanpa kerelaan anaknya itu selepas berlaku perceraian.
"Di Perlis, suami isteri (bukan Islam) yang bercerai dan seorang daripada mereka tidak memeluk Islam, maka hak hadanah anak dan penetapan agama tidak dinilai sebagai perkara utama mengikut agama ibu atau bapa.
"Soal kemaslahatan anak tersebut menjadi perkara utama dan mesti tiada unsur paksaan dalam menentukan agama anak-anak berkenaan, di mana jika ibunya bukan Islam tetapi lebih berkemampuan serta dapat menjamin dari sudut perkembangan moral, emosi, serta keperluan anak itu, maka ibunya lebih layak walaupun bapanya seorang Islam," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Mohd Asri berkata Fatwa Negeri Perlis mengenai hak hadanah ibu bapa berlainan agama sudah diluluskan serta mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail cuma ia belum diwartakan.
Beliau berkata usul berkaitan fatwa itu nanti akan dibacakan bersama-sama Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis (Pindaan) 2016 pada sidang DUN seterusnya.
"Kita tidak mahu berlaku kekeliruan dan manipulasi ibu atau bapa yang mendaftar anak mereka sebagai Islam tanpa kerelaan anak terbabit kerana itu dianggap paksaan dan unsur paksaan tiada dalam Islam.
"Jika anaknya berusia tiga tahun serta masih belum memahami apa-apa, mustahil untuk ada kerelaan dari anak itu dalam memeluk Islam," katanya.
Katanya anak terbabit perlu menunggu usianya menjangkau 18 tahun untuk memilih agama Islam tanpa perlu meminta keizinan sesiapa. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 15 2016
Dr Asri menegaskan Fatwa Negeri Perlis menyatakan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun hanya boleh memeluk Islam dengan kebenaran ibu atau bapanya sahaja dan mestilah dengan tanpa paksaan. - Foto Bernama
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Usaha segera tangani kekurangan bekalan buah kelapa
Pahang mengakui berhadapan kekurangan bekalan buah kelapa sejak Ogos lepas dan usaha menyelesaikan masalah itu sedang ditangani segera oleh kerajaan negeri.
PKR Sabah pertahan DUN Inanam dan Api-Api pada PRN17 - Mustapha
Mustapha berkata walaupun menyedari banyak parti turut mengintai dua DUN berkenaan, namun PKR tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan kerusi itu.
Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.
[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang
Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah
KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.
PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo
PSB menyatakan sokongan penuh kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah juga menegaskan bahawa Pemuda UMNO mahu Tengku Zafrul menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain.
MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan empat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos depan.
PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'
Polis telah mengenal pasti 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi
Muhammad Sanusi mengharapkan pelaksanaan kempen parti pada PRN bagi enam negeri termasuk di Kedah dilakukan secara sihat berasaskan fakta benar.