Pemain tengah pasukan Felda United, Ahmad Fauzi Saari cedera parah setelah kereta yang dinaikinya terbabas sebelum terbakar dalam sebuah kemalangan maut di KM407.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Tanjung Malim awal pagi Ahad.
Dalam kejadian jam 1.40 pagi itu, rakan beliau yang dikenali sebagai Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26 maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Affendi berkata kejadian berlaku ketika kereta BMW yang dipandu oleh Muhammad Khairul dalam perjalanan ke utara.
“Ketika menghampiri satu selekoh tajam di KM407.5 berhampiran Tanjung Malim itu, kereta itu dengan tiba-tiba gagal dikawal dan menyebabkan ianya merempuh penghadang jalan sebelum terbakar,” kata Norel Azmi.
Fauzi Saari, 30 patah tangan kanannya sementara rakannya maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.
“Segala dokumen pengenalan diri milik pemandu turut musnah dalam kebakaran itu,” katanya lagi.
Fauzi Saari dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk rawatan selanjutnya.
Pemain kelahiran Kulim itu pernah menyarung jersi pasukan Kedah dan Johor FC sebelum menyertai pasukan Felda United unutk saingan Liga Super musim ini.
Aizat Sharif
Sun Jan 27 2013
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta
Malaysia terus menarik syarikat Sweden kerana kestabilan politik negara, taraf hidup yang baik dan penguasaan bahasa Inggeris meluas.
Malaysia Masters 2024 buka gelanggang, pemain negara optimis buat yang terbaik
Gelanggang kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 membuka tirainya hari ini hingga 26 Mei ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
PFAM selar tindakan individu tular gaji pemain Kedah
Setiausaha PFAM Ahmad Fauzi Saari berkata isu berkaitan gaji merupakan perkara yang amat sensitif dan kebocoran maklumat itu adalah pencabulan privasi terhadap pemain.
Fauzi Saari mahu berehat di Kulim
Pemain Felda United Ahmad Fauzi Saari mahu berehat di kampungnya di Kulim, Kedah sehingga pulih selepas kemalangan teruk di Lebuhraya Utara-Selatan.
Ahmad Fauzi Saari mahu berehat di kampung
Pemain Felda United ini yang patah tangan kanan dalam kemalangan 1.40 pagi berkata beliau tidak pasti berapa lama perlu berehat sebelum dapat beraksi semula.
Fauzi Saari cedera parah dalam kemalangan maut
Pemain tengah Felda United, Ahmad Fauzi Saari cedera parah manakala rakannya maut dalam kemalangan jalan raya dekat Tanjung Malim awal pagi Ahad.