awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FB sekat audio tular kerana langgar dasar piawai kandungan platform - MCMC

Bernama
Bernama
25/07/2025
12:56 MYT
FB sekat audio tular kerana langgar dasar piawai kandungan platform - MCMC
MCMC memaklumkan tindakan itu dibuat sepenuhnya berdasarkan pelanggaran garis panduan komuniti dan piawaian kandungan platform tersebut. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Audio tular yang didakwa dirakam semasa mesyuarat dalaman telah disekat oleh Facebook (Meta) susulan pelanggaran dasar kandungan platfrom itu, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Menerusi kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan tindakan itu dibuat sepenuhnya berdasarkan pelanggaran garis panduan komuniti dan piawaian kandungan platform tersebut.
Menurut MCMC, tindakan pemantauan dan siasatan dijalankan berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai.
"MCMC memandang serius perbuatan memuat naik atau berkongsi audio dan video tanpa kebenaran, khususnya apabila kandungan tersebut berpotensi melanggar privasi dan menyebarkan maklumat yang mengelirukan, berunsur jelik atau menimbulkan kegusaran kepada individu terlibat.
"MCMC ingin mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi kandungan di platform digital," menurut kenyataan itu.
MCMC memaklumkan sebarang penyebaran maklumat yang tidak sah atau berunsur provokasi boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#audio tular
#mesyuarat dalaman
#sekatan
#Facebook
#MCMC
#Garis Panduan Komuniti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan