Pelaburan Langsung Asing (FDI) bukan semata-mata mengenai pelaburan dalam industri pembuatan memandangkan Malaysia juga perlu membangunkan sektor perkhidmatannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata pembangunan sektor perkhidmatan merupakan satu keperluan untuk memajukan negara ke peringkat pembangunan ekonomi seterusnya, menjadi negara maju berpendapatan tinggi.
"Di negara-negara maju, sektor perkhidmatan menyumbang sehingga 80 peratus kepada sektor pekerjaan dan Keluaran Dalam Negara Kasar negara terbabit," katanya, yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi, dalam kenyataan pada Sabtu.
Pada 2015, daripada RM43.4 bilion FDI, hampir 40 peratus atau RM17.1 bilion, adalah kepada sektor pembuatan, dan ini menunjukkan Malaysia masih lagi menjadi tarikan kepada FDI untuk terus melabur dalam sektor berkenaan, katanya.
Pelaburan dalam sektor perkhidmatan sejak 2009 melonjak daripada RM30 bilion kepada setinggi RM150 bilion pada 2014 dan RM115 bilion pada 2015.
Abdul Rahman berkata demikian bagi mengulas catatan blog Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan FDI serta pembangunan rancak di Johor.
Menteri di JPM itu berkata, Dr Mahathir masih lagi tenggelam dalam masa lampau dan tidak dapat menerima hakikat ekonomi dan keperluan untuk Malaysia terus maju kini berbeza.
"Kita boleh terus terperangkap dalam kenangan sektor pembuatan yang menyediakan pekerjaan berpendapatan rendah atau kita boleh bergerak ke hadapan untuk mencatat kemajuan sebagai sebuah negara," katanya.
Abdul Rahman berkata dalam usaha untuk keluar daripada perangkap pendapatan pertengahan dan menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi khususnya pekerjaan berasaskan pengetahuan kepada rakyat Malaysia, kerajaan telah melaksanakan usaha sejak 2009 untuk membangunkan sektor perkhidmatan dan mengimbangi semula ekonomi.
Beliau berkata aliran keluar modal memang berlaku sejak Malaysia membuka ekonominya kepada dunia berdekad-dekad lepas.
Syarikat multinasional yang membuka operasi mereka di Malaysia telah membawa pulang keuntungan daripada operasi tempatan kepada ibu pejabat masing-masing sejak 1980-an.
"Selain daripada pengaliran keluar wang melibatkan pekerja asing, terdapat juga aliran keluar bersih RM20 bilion dalam bentuk perolehan pelaburan setiap tahun sejak 1999," katanya.
"Ini bermakna Malaysia merupakan destinasi untuk pelabur asing memulakan perniagaan, mewujudkan peluang pekerjaan dan membuat untung tanpa sebarang masalah, keadaan ini sudah berlaku sejak pentadbiran Dr Mahathir lagi," katanya.
Abdul Rahman berkata walaupun tumpuan kerajaan untuk beralih daripada pekerjaan pendapatan rendah dan industri pembuatan kepada segmen lebih tinggi, iaitu industri berasaskan perkhidmatan seperti di negara maju, sektor pembuatan tetap menerima aliran kemasukan FDI yang tinggi.
Beliau mengulangi bahawa Malaysia masih meletakkan keutamaan tinggi kepada sektor pembuatan.
"Bagaimanapun, kerajaan kini menjadi lebih selektif terhadap jenis FDI dalam pembuatan.
"Ia mahu dan cenderung kepada pengeluar yang mempunyai nilai tambah tinggi dengan penggunaan teknologi tinggi dan berintegrasi, serta memanfaatkan infrastruktur dan kelebihan yang banyak yang ditawarkan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 21 2017
Kata Abdul Rahman, Dr Mahathir masih lagi tenggelam dalam masa lampau dan tidak dapat menerima hakikat ekonomi dan keperluan untuk Malaysia terus maju kini berbeza. - Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).