BERA: Keunikan Felda Jengka 25 yang berdekatan dengan Gunung Senyum, Temerloh membawa tuah apabila dinobatkan juara Anugerah Kecemerlangan Kampung Felda (AKRF) pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2022 Peringkat Kebangsaan, hari ini.
Ketua Peneroka Jengka 25, Zainol Abidin Abd. Rahman berkata, kedudukan tanah rancangan itu dengan produk pelancongan negeri Pahang menjadikannya tumpuan penduduk dari luar penempatan itu.
Menurutnya, kemenangan anugerah ini disifatkan sebagai johan berganda apabila jumlah wang kemenangan bernilai RM500,000 telah dinaikkan sekali ganda seperti yang diumumkan Perdana Menteri pada majlis tersebut.
"Saya teruja apabila Perdana Menteri mengumumkan kenaikan wang kemenangan bagi johan AKRF tahun ini menjadi RM1 juta tetapi yang mengejutkan apabila kami Felda yang pertama menerima RM1 juta itu.
"Bukan mudah untuk mencapai kejayaan hari ini tanpa kerjasama dan perpaduan semua warga Felda Jengka 25, malah Gerakan Persatuan Wanita (GPW) banyak memainkan peranan dalam perkara ini," katanya.
Zainol Abidin berkata, dengan duit kemenangan itu, pelbagai usaha boleh dilaksanakan bagi menaik taraf kepelbagaian usaha mereka untuk menjadikan Felda Jengka 25 sebagai salah satu produk pelancongan di negeri Pahang.
Sementara itu, Pengerusi GPW, Noorhayati Saad berkata, mereka akan cuba menggunakan sebaik mungkin duit kemenangan itu untuk menaikkan imej tanah rancangan itu memandangkan kini, lokasi penempatan ini kerap menjadi tumpuan ramai.
Katanya, memandangkan mereka terpaksa 'berehat' dari bertanding untuk AKRF selama lima tahun, GPW akan memberi kerjasama bagi memastikan keceriaan Felda terpelihara.
"Kami tak boleh bertanding AKRF dalam tempoh lima tahun akan datang, tapi kami akan cuba mengekalkan keceriaan sedia ada selain menambah baik apa-apa fasiliti untuk penduduk Felda Jengka 25.
"Dalam tempoh 'rehat' ini, banyak perkara yang perlu dilakukan supaya kami dapat mengekalkan momentum yang ada pada hari ini," ujarnya.
Pemenang kedua AKRF dimenangi Felda Maokil 1, Johor yang membawa pulang RM300,000 manakala tempat ketiga ialah Felda Raja Alias Dua, Negeri Sembilan yang menerima RM200,000.
Azee Shafy
Thu Jul 14 2022
Keunikan Felda Jengka 25 membawa kepada ia dinobatkan juara Anugerah Kecemerlangan Kampung Felda (AKRF)..- Foto Astro AWANI
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
Felda Jengka 25 dinobat kampung cemerlang AKRF, bawa pulang RM1 juta
Keunikan Felda Jengka 25 yang berdekatan dengan Gunung Senyum, Temerloh membawa tuah apabila dinobatkan juara Anugerah Kecemerlangan Kampung Felda (AKRF).