Kehidupan di rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memberi pengajaran amat berharga kepada Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz iaitu nilai survival yang tinggi yang turut membentuk displin diri.
Anak kedua daripada tujuh beradik dan dilahirkan di Jerlun, Kedah pada 1959 itu berpindah ke Felda Lubok Merbau dalam daerah Padang Terap, Kedah apabila keluarganya terpilih menyertai rancangan Felda berkenaan pada 1970.
"Bila kita masuk Felda, kita hanya diberi RM69.60 satu keluarga untuk sebulan, dan dengan duit itulah ayah saya menguruskan kami sekeluarga.
"Menyedari kesusahan keluarga, saya buat kerja-kerja tambahan antaranya mengambil upah menarah lorong getah dengan upah RM6 sehari dan mengutip kacang penutup bumi dengan harga RM20 segantang," katanya dalam wawancara khas Ekspresi Negaraku Felda sempena Hari Peneroka 2017 di Putrajaya pada Jumaat hingga Ahad ini.
Beliau mengimbas pengalaman hidupnya semasa berusia 13 tahun apabila upah beliau mengisi polibeg untuk tapak semaian Felda dinafikan, lantas menjadikannya lebih kental menghadapi dugaan.
"Saya mengisi 1,500 polibeg dan merasakan boleh mendapat upah sebanyak RM75 pada hujung bulan tetapi apabila tiba hari pembayaran nama saya tiada. Saya tunggu sehingga pukul 6 petang dan walaupun selepas bertengkar dengan pegawai dan mandur, saya tetap tidak dibayar," katanya.
Othman yang dilantik ke jawatan kabinet tahun lepas berkata pengalaman berkenaan menguatkan tekad beliau untuk cemerlang sehingga berjaya memegang jawatan pengurusan ladang di syarikat-syarikat perladangan terkemuka antaranya Sime Darby Plantation, Harrison Malaysia Plantation dan Kumpulan Golden Hope.
Beliau berkata Felda yang diwujudkan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein telah menyediakan platform yang baik kepada keluarga peneroka untuk meningkatkan taraf hidup dan terpulang kepada setiap keluarga itu sendiri untuk mencorakkan masa depan mereka.
"Walaupun kerajaan telah memberi kemudahan rumah dan ladang, kalau peneroka itu tiada inisiatif tidak jadi juga," katanya dan menambah kata bahawa masalah yang dihadapi oleh masyarakat ketika ini adalah kebergantungan yang tinggi terhadap kerajaan.
"Saya ada inspirasi yang kita mesti memisahkan diri kita sedaya mungkin daripada terlalu bergantung kepada kerajaan. Kerajaan bantu macam-macam tetapi inisiatif untuk berjaya itu mesti datang daripada keluarga itu sendiri," katanya.
Mengubah sikap sedemikian menjadi satu cabaran kepada Felda dalam mentransformasikan masyarakatnya yang kini berjumlah 113,000 keluarga peneroka di lebih kurang 300 tanah rancangan di seluruh negara.
Othman berkata asas utama yang harus ada pada generasi baharu Felda adalah pendidikan tinggi yang akan menjadi pemangkin kepada kerjaya mahupun perniagaan mereka.
Beliau mengimbas satu lagi titik perubahan dalam hidupnya iaitu apabila diminta oleh arwah bapanya untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana muda walaupun ketika itu beliau sudah mempunyai pekerjaan tetap di Sime Darby Plantation dengan gaji RM2,200 yang boleh dianggap lumayan pada 1984.
"Demi memenuhi permintaan ayah, saya berhenti kerja dan sambung belajar dan selepas habis belajar pada 1987 saya bekerja dengan dengan Harrison Malaysian Plantation Berhad tetapi sebagai pelatih dengan gaji RM500 kerana kegawatan ekonomi," katanya.
Namun, katanya usaha beliau menyambung pelajaran dilihat memberi impak positif kepada keluarganya apabila empat adik-beradiknya yang lain turut menjejakkan kaki ke menara gading dan berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Katanya antara adik-beradiknya, dua orang menjadi guru, seorang jurutera dan seorang peguam.
"Jika kebergantungan generasi pertama dan generasi kedua itu secara berterusan dengan Felda, kita tidak boleh keluar daripada kepompong kemiskinan, sebab itu kita disuruh belajar," katanya.
Othman yang menyandang jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam pada 2004 turut diingati sebagai pengurus pasukan bola sepak Kedah yang memenangi tiga kejuaraan utama selama dua musim berturut-turut dan digelar "Double Treble" pada musim 2006-2007 dan 2007-2008.
Katanya kejayaan itu meletakkan beliau sebagai pengurus pasukan bola sepak paling berjaya dalam sejarah sukan negara.
"Sejak 1925 hingga sekarang, hanya saya seorang yang mencapai kejayaan itu, malah JDT (Johor Darul Ta'zim FC) pun tidak dapat mencapainya. Itu hanya satu daripada sumbangan kecil kepada negeri," katanya.
Othman menegaskan kejayaan yang beliau kecapi hari ini adalah hasil daripada sumbangan Felda yang bukan sahaja membantu menambah baik taraf hidup keluarganya tetapi juga membentuk asas karakter dirinya.
"Tanpa Felda, saya tidak mungkin duduk sini. Saya amat terhutang budi dengan Felda yang mengajar saya menjadi seorang yang kuat berdisiplin dan ada naluri survival meskipun berdepan dengan kekangan.
"Anda harus menghasilkan yang terbaik dengan kekangan yang ada," tegasnya mengakhiri wawancara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2017
OTHMAN: Walaupun kerajaan telah memberi kemudahan rumah dan ladang, kalau peneroka itu tiada inisiatif tidak jadi juga.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
RM267.76 juta untuk projek prasarana awam, rumah ibadat bukan Islam di Johor
KPKT mengumumkan peruntukan RM267.76 juta bagi 40 projek prasarana awam serta pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Johor tahun ini.