awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tapir jantan mati dilanggar kenderaan di Kemaman
Syarikat AS Ocean Infinity sahkan sambung semula pencarian pesawat MH370
Suspek ada pengetahuan, kemahiran dalam pembuatan bahan letupan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Felo Keadilan: Inisiatif pendayaan individu jadi pemacu perubahan komuniti - Nik Nazmi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
22/04/2024
11:00 MYT
Felo Keadilan: Inisiatif pendayaan individu jadi pemacu perubahan komuniti - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata ia akan menjadi medan memperkembangkan kepemimpinan beretika dan progresif melalui bimbingan serta latihan komprehensif. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PETALING JAYA: Program Felo Keadilan yang dirasmikan pada Konvensyen 25 Tahun Keadilan bukan saja platform latihan kepimpinan tetapi juga sebagai usaha pendayaan buat individu dalam menjadi pemacu perubahan positif sesebuah komuniti.
Naib Presiden Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia akan menjadi medan memperkembangkan kepemimpinan beretika dan progresif melalui bimbingan serta latihan komprehensif.
"Ini bukan hanya untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta tetapi juga menerapkan nilai penting seperti keadilan, integriti dan politik khidmat kepada rakyat yang merentas kaum yang menjadi teras Keadilan.
"Semua calon akan ditapis menerusi satu proses pemilihan teliti dan akan ditemu ramah sebelum diterima menjadi Felo Keadilan," katanya dalam sidang media pada Isnin.
Jelasnya lagi, program itu juga menjadi inisiatif parti bagi membawa masuk bakat pimpinan baharu bagi meneruskan kesinambungan legasi pemimpin muda yang pernah dan telah dihasilkan.
Program tersebut mensasarkan maksimum 20 peserta berusia antara 22 tahun hingga 40 tahun, dan latihan bagi kumpulan pertama dijangka bermula 1 Julai depan.
Mereka yang terpilih akan menjalani latihan teori dan konsep kepimpinan, pembangunan konstituensi dan penggubalan dasar, selain perlu membentangkan projek capstone atau batu penjuru.
Mereka yang berminat boleh melayari laman web felokeadilan.my atau laman media sosial Felo Keadilan untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#felo keadilan
#pemimpin muda
#pendayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan