awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena air pasang besar: Orang ramai dinasihat jauhi 'Miami Beach'

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
16/12/2019
06:09 MYT
Fenomena air pasang besar: Orang ramai dinasihat jauhi 'Miami Beach'
Ombak besar disusuli angin kencang di Pantai Seberang Takir turut mengakibatkan limpahan air laut sehingga ke jalan raya. - Foto BERNAMA
Orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri kawasan pantai untuk menyaksikan fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir yang lebih terkenal sebagai ‘Miami Beach’, Kuala Nerus terutamanya pada waktu malam ekoran ombak kuat dan angin kencang yang boleh mengancam keselamatan mereka.
Tinjauan di sepanjang Pantai Miami mendapati orang awam masih tidak menghiraukan situasi itu dengan menghampiri pesisir laut dan membawa anak kecil.
Ombak besar disusuli angin kencang itu juga turut mengakibatkan limpahan air laut sehingga ke jalan raya.
Timbalan Pengarah Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mejar Syed Azam Shah Syed Baharom berkata, fenomena tersebut dijangka berterusan sehingga Khamis ini.
Ombak besar disusuli angin kencang itu juga turut mengakibatkan limpahan air laut sehingga ke jalan raya.  - Foto Bernama
Ombak besar disusuli angin kencang itu juga turut mengakibatkan limpahan air laut sehingga ke jalan raya. - Foto Bernama
Jelasnya , keadaan itu mencapai kemuncak pada jam 9 hingga 12 malam.
“Keadaan ni nampak buruk sikit berbanding sebelum ini. Sebab itu kita sangat berharap orang awam tidak mendekati kawasan ini, menganggap keadaan seperti sudah biasa seperti sebelum ini, jadi macam tidak endahkan amaran dan nasihat. Jadi kalau boleh beredarlah dari kawasan ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Anggota beliau turut menjalankan pemantauan setiap setengah jam di sepanjang lima kilometer pantai tersebut bagi memastikan keselamatan penduduk serta pengguna jalan raya.
Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di perairan Tioman termasuk sepanjang pantai Terengganu bermula semalam hingga Isnin ini.
Amaran kategori kedua meliputi kelajuan angin antara 50 hingga 60 kilometer sejam disamping ombak besar setinggi 3.5 hingga 4.5 meter.
Topic Berkaitan
#APM
#fenomena air pasang besar
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#Malaysia
#Miami Beach
#Operasi Angkatan Pertahanan Awam
#Pantai Seberang Takir
#Syed Azam Shah Syed Baharom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan