Persekitaran Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini dilimpahi cahaya lampu berwarna-warni sempena Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2016 di Dataran Putrajaya, Presint 3, yang bermula malam ini.
LAMPU 2016 anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan bertemakan Nusantara, yang menghiasi pusat pentadbiran ini dari 7.30 malam hingga 12.30 tengah malam, akan berlangsung sehingga 1 Jan ini.
Selain lokasi utama di Dataran Putrajaya, festival yang memasuki tahun keempat penganjurannya turut membabitkan sebahagian besar bangunan kerajaan di Persiaran Perdana, Kompleks PPj dan Istana Kehakiman.
Festival itu dirasmikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan. Turut hadir Presiden PPj Datuk Seri Hasim Ismail.
Menurut kenyataan PPj hari ini, Festival LAMPU yang menghidupkan dan menyerikan suasana malam di Putrajaya, dijangka menarik lebih 700,000 pengunjung tempatan dan luar negara.
Putrajaya merupakan satu-satunya bandaraya di Malaysia yang menjadi anggota Lighting Urban Community International (LUCI) sejak 2002.
Festival tahun ini memperkenalkan beberapa persembahan baharu seperti 'LAMPU Skywave' yang memaparkan teknologi seni penggerakkan bebola dan animasi bercahaya.
Turut diperkenalkan adalah pemetaan cahaya menggunakan teknik dan teknologi terkini dalam menghasilkan paparan dalam bentuk 3D pada bahagian hadapan bangunan bagi menonjolkan keunikan perincian seni bina bangunan.
Persembahan 'Fusion Peperangan Bintang' iaitu persembahan wayang kulit versi Star Wars diadakan khas untuk pengunjung tempatan dan pelancong asing.
Antara aktiviti lain ialah Taman Hiasan Bercahaya, Struktur Bercahaya, Pameran Kereta & Beca Bercahaya, Pameran Motosikal Bercahaya kuasa tinggi dan forum LAMPU.
Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan pertunjukan bunga api digital yang julung kali diadakan bagi meraikan malam detik Ambang Tahun Baharu 2017 di Dataran Putrajaya. Pertunjukan bunga api digital itu, yang akan diadakan di hadapan bangunan Istana Kehakiman, akan mengambil masa enam minit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2016
Persekitaran Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dilimpahi cahaya lampu berwarna-warni sempena LAMPU 2016. - fotoBERNAMA
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Loceng, lampu basikal laris bak pisang goreng panas
Loceng dan lampu basikal sebelum ini langsung tidak laku, stok tersimpan sahaja selama berbulan-bulan namun sejak dua ke tiga hari lepas, ia laris bak pisang goreng panas.
Nak berbasikal di Putrajaya? Wajib ada brek, lampu dan loceng bermula 9 Januari - Polis
Putrajaya akan mengambil tindakan terhadap penunggang basikal yang gagal mematuhi ciri-ciri keselamatan termasuk pemasangan loceng, lampu dan brek bermula 9 Jan ini.
Belanjawan 2021: Tumpu kepada naik taraf infrastruktur kampung - Komuniti Siam
Menurut Pengerusi Masyarakat Siam Changlun, Lee Boon Guan, tumpuan harus diberi kepada usaha menaik taraf infrastruktur di kawasan kampung dan desa, seperti jalan, perparitan dan lampu jalan jalan.
Gajah liar berkeliaran di R&R dihalau ke habitat asal
Tindakan dilaksanakan pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.
Meriah! Pokok Krismas gergasi dinyalakan di Tasik Rio de Janeiro
Pokok Krismas yang paling terkenal di Rio de Janeiro dinyalakan dengan lampu berwarna-warni sempena sambutan perayaan itu sehingga 6 Januari tahun depan.
Bagaimana nak kesan kamera tersembunyi?
Astro AWANI berikan beberapa tips ini untuk membantu anda mengesan kamera tersembunyi.
SIC laksana projek ubah suai tingkatkan kepuasan penonton
Pihaknya berusaha keras untuk membaik pulih dan meningkatkan kemudahan dalam usaha memberi kepuasan dan pengalaman maksimum kepada penonton yang menyaksikan pelbagai kejuaraan di litar berkenaan.
Pesta Pulau Pinang, tarikan percutian keluarga setiap tahun
Acara yang tercatat dalam kalendar negeri Pulau Pinang itu saban tahun menyajikan pelbagai pengisian menarik untuk para pengunjungnya.
Sambutan Krismas di Kampung Portugis, Melaka meriah
Kemeriahan sambutan perayaan Krismas pasti dirasai di seluruh negara dengan kilauan lampu-lampu yang dihias indah pelbagai bentuk selain pokok-pokok Krismas.
Obses dengan Star Wars, rumah jadi pusat pertunjukan lampu warna-warni
Demam Star Wars: The Last Jedi sememangnya sedang hangat di seluruh dunia.