awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Sampai bila nak macam ini?' - Penduduk Matang Jaya gesa tindakan segera isu pencemaran habuk
Aduan disiplin terhadap Muhyiddin tidak berasas - Tun Faisal
Subahan optimis Speedy Tigers tempah slot ke Piala Dunia 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FFC dan TMTG: Delegasi ditampar, dicengkam agresif rejim Israel

Faida Rahim
Faida Rahim
09/10/2025
12:30 MYT
FFC dan TMTG: Delegasi ditampar, dicengkam agresif rejim Israel
Kamarul Zaman memaklumkan, beberapa aktivis ditendang, ditampar atau dicengkam secara agresif oleh Israel. - Gambar Astro AWANI
SERI KEMBANGAN: Peguam Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) mengesahkan, beberapa aktivis telah dikasari dan terdapat penderaan fizikal serta layanan tidak perikemanusiaan semasa dan selepas pemintasan.
Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, beberapa aktivis ditendang, ditampar atau dicengkam secara agresif oleh Israel.
“Setakat jam 3 petang hari ini, peguam ADALAH telah berjumpa dengan 100 delegasi dari 145 yang ditahan Israel.
“Sembilan orang delegasi Malaysia disahkan tiada kecederaan. Namun pihak MyCARE akan mengatur pemeriksaan lebih lanjut sejurus mereka dibebaskan,” katanya.
Kamarul Zaman berkata demikian dalam sidang media taklimat terkini di ibu pejabat MyCARE di Sri Kembangan pada Khamis.
Tambah Kamarul, pemeriksaan kesihatan itu akan dilakukan bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik.
Pihaknya turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu dalam doa dan mengadakan solat hajat di seluruh masjid dan surau seluruh negara.
“Doakan setiap usaha murni mereka dipermudahkan, keselamatan mereka dijaga dan semangat perjuangan mereka terus menyala,” katanya.
Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) ke Gaza telah dipintas tentera Israel pada 10.50 pagi Rabu waktu Malaysia.
MyCARE memaklumkan sembilan kapal termasuk Conscience dan Umm Saad yang dinaiki sembilan aktivis Malaysia telah dipintas rejim Israel.
Wartawan Astro AWANI, Syafik Shukri Abdul Jalil antara delegasi yang menyertai misi tersebut.
Misi FFC kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dengan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#solat hajat
#Israel
#Gaza
#pemeriksaan lanjut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami