awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem kontroversi Tanda Putera ditayangkan 29 Ogos

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
03/06/2013
08:23 MYT
Filem kontroversi Tanda Putera ditayangkan 29 Ogos
Filem kontroversi arahan pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba, Tanda Putera akan ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kelulusan tayangan sudah dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
``Kalau boleh saya mahu awal sikit. Cumanya filem itu filem kenegaraan, tentang Allahyarham Tun Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail sudah tentu disiar sebelum hari kemerdekaan agak sesuai,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas lawatan ke Finas, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalannya, Datuk Jailani Johari dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.
FINAS merupakan agensi kedua dilawat Ahmad Shabery selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Filem Tanda Putera memaparkan perjuangan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman membangunkan negara.
Filem diadaptasi kisah selepas tragedi 13 Mei 1969 itu dijadual tayangan pada 13 September, tetapi ditangguhkan ke 15 November tahun lepas.
Laporan media sebelum ini menyatakan filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu mengesahkan ia hanya akan ditayangkan pada tahun ini.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebabnya.
Topic Berkaitan
#filem
#kontroversi
#Shabery Chik
#shuhaimi baba
#Tanda Putera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan