KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berhasrat menjalin kerjasama dengan pengarah filem dokumentari The Elephant Whisperers, Kartiki Gonsalves, bagi membawa industri penerbitan dokumentari tempatan ke peringkat antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, kerjasama dengan Kartiki yang merupakan pemenang Oscar pada Academy Award ke-95 tahun lepas, akan membawa sinergi positif serta memberi impak kepada industri filem Malaysia.
Beliau berkata, pemahaman tentang proses dan jaringan perniagaan merupakan kunci dalam menghasilkan dokumentari terbaik secara keseluruhannya.
"Ilmu yang diperoleh daripada perjalanan penerbitan The Elephant Whisperers, semasa praproduksi hingga kempen Oscar, memberi inspirasi dan boleh membentuk masa depan penerbitan filem dokumentari di Malaysia.
"Perkongsian teraju utama dokumentari itu, pengarahnya Kartiki serta Krish Makhija selaku pengarah fotografi dan editornya Sanchari Molick Das, mampu menjadi panduan berharga kepada pembikin dokumentari tempatan, bagi merintis kejayaan ke peringkat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan selepas majlis penutup Kelas Pakar (Masterclass) Dokumentari bersama Pemenang Oscar (Dokumentari Terbaik) di Auditorium MyIPO, di sini, pada Jumaat.
Azmir berkata, Kartiki dalam ceramahnya itu turut menasihati pembikin filem, agar sentiasa berusaha melahirkan filem yang boleh menarik semua golongan penonton seperti alam semula jadi dan kehidupan haiwan liar, walaupun projek seumpama itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
Selain itu, Kartiki turut berkongsi pengalamannya yang mengambil masa enam tahun untuk menyiapkan The Elephant Whisperers serta menempuh pelbagai cabaran.
Program anjuran bersama FINAS dan Universal Zest Sdn Bhd mulai Isnin lepas, dihadiri 85 peserta daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman dalam industri kreatif tempatan.
Turut memberi ceramah pada program itu ialah penerbit dokumentari tempatan, Ahmad Yazid, yang berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam penerbitan dokumentari untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Azmir (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Kartiki Gonsalves selepas majlis penutup Kelas Pakar (Masterclass) Dokumentari bersama Pemenang Oscar (Dokumentari Terbaik), pada Jumaat. - Gambar Bernama
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Pindaan akta Finas turut ambil kira aspek standard kontrak penggiat seni - Fahmi
Fahmi berkata perkara itu perlu ditambah baik dalam Akta Finas untuk memastikan aspek keselamatan sosial bagi pekerja industri kreatif di negara ini tidak diketepikan.
Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?
Sudah sekian lama, isu kebajikan penggiat seni hiburan negara sehingga ke hari ini masih belum menampakkan jalan penyelesaian.
Finas dan Perkeso bakal tandatangani MoU April nanti - Fahmi
Menurut Fahmi, aspek keselamatan sosial kepada pekerja belakang tabir syarikat-syarikat produksi kurang dibincangkan sebelum ini.
FINAS berhasrat jalin kerjasama dengan pemenang Oscar, Kartiki Gonsalves
Kerjasama dengan Kartiki yang merupakan pemenang Oscar akan membawa sinergi positif serta memberi impak kepada industri filem Malaysia.
Tangguh filem antarabangsa buka lebih ruang filem tempatan masuk pawagam
Hasil perbincangan Finas dan MAFE, terdapat lebih kurang tujuh hingga sembilan filem tempatan yang berpotensi dapat kutipan pecah panggung.
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
FINAS tekad bantu penggiat industri kreatif
FINAS tekad mengambil inisiatif memberi bantuan kepada penggiat industri kreatif menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri.
J-KOM kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, kini diselia Kementerian Komunikasi.