KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan dijadikan sebagai peneraju utama dalam menyelesaikan isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi golongan artis dan penggiat seni bebas.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata Finas telah menyerahkan perancangan Pasukan Petugas Industri Kreatif kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebelum diteliti untuk penambahbaikan industri itu termasuk melibatkan kebajikan penggiat seni.
"Di samping itu, cara lain kita hendak bincang dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Kewangan (MOF) di mana advertisement (bayaran iklan) dapat kita salurkan kepada Finas supaya pihaknya (Finas) dapat membayar KWSP kepada pelakon yang sudah daftar di bawah mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada penggiat industri daripada pelbagai latar belakang seni sempena sambutan Hari Seniman Negara 2022 di Kompleks Studio Merdeka, dekat sini pada Selasa.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) K-KOMM Mastura Ahmad Mustafa, Pengerusi Finas Zakaria Abdul Hamid, wakil-wakil persatuan seni dan penggiat seni.
Zahidi berkata Sambutan Hari Seniman Negara 2022 itu disambut bagi memperingati jasa sumbangan seniman dan seniwati yang telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri dalam industri seni tanah air.
"Kita berharap bukan sahaja penerbit (dan) pelakon hebat yang dapat dilahirkan tetapi terdapat syarikat filem (hasilkan kualiti) yang bermutu di negara kita," katanya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa sebelum ini dilaporkan berkata Sambutan Hari Seniman Negara akan diadakan pada setiap 22 Mac iaitu bersempena dengan tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P Ramlee bagi memperingati jasa dan sumbangan seniman agung tanah air itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata perbadanan itu telah mewajibkan semua kru produksi untuk mencarum KWSP bagi artis, pelakon serta pekerja belakang tabir.
"Ini langkah pertama dan masuk dalam perjanjian antara Finas dan penerima dana (kru produksi). Wang berkenaan boleh digunakan di hari tua sekiranya sudah tidak aktif berlakon," katanya.
Md Nasir juga berkata Finas akan berbincang dengan KSM dan MOF bagi membolehkan penggiat seni, khususnya yang bergerak secara bebas, juga dicarum dalam KWSP oleh majikan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022
Zahidi berkata Finas telah menyerahkan perancangan Pasukan Petugas Industri Kreatif kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia. - Foto BERNAMA
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Bakal jemaah haji tidak ragu-ragu memilih TH
Berdasarkan reputasi dan kewibawaan menguruskan jemaah haji untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak ragu-ragu memilih TH menguruskan mereka secara muassasah bagi musim haji 1445H/2024M.
UAE masih bergelut selepas ribut
Emiriah Arab Bersatu (UAE) masih bergelut dalam proses pemulihan selepas dilanda ribut yang menyebabkan sebahagian besar aktiviti negara terhenti.
Dua kali tolak tawaran, suami isteri sabar menanti untuk ke Baitullah
Pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak sabar untuk menjadi tetamu Allah di Baitullah bagi musim haji 1445H/2024M, lebih-lebih lagi apabila dua kali menolak tawaran diberikan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini.
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar.
Zahidi hantar borang keahlian tapi bukan Pas, PN
Bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengesahkan telah menghantar borang keahlian untuk memohon menyertai sebuah parti, namun bukan Pas.
Saya masuk PH bukan nak jadi ketua - Zahidi
Beliau berkata, bila saya dipecat saya tidak mahu bermusuh sebaliknya masih bersahabat dengan ahli-ahli UMNO yang lain.
PRU15: Shahidan, Ismail, Zahidi, Azhar dialu-alukan sertai Pas
Setiap calon terbabit memiliki kelebihan masing-masing dan Pas tidak menolak sekiranya pemimpin berkenaan berminat untuk menyertai parti itu atau mana-mana parti di bawah gagasan PN.
PRU15: UMNO gugur keahlian Shahidan, Zahidi, dua yang lain
Turut digugurkan Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran) dan Azhar Ahmad (DUN Kuala Perlis).
PRU15: 'Ribut politik Perlis', Shahidan sah di Arau, di mana Zahidi?
Sehingga ke saat ini, kedudukan Zahidi Zainul Abidin masih menjadi tanda tanya.
PRU15: UMNO Padang Besar tak setuju calon 'payung terjun', Zahidi tawar diri
Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin akan mempertahankan kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian
Perbincangan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
PRU15: Kedudukan Shahidan, Zahidi diketahui hari ini atau esok
Sebelum ini, timbul desas-desus Azlan yang juga Menteri Besar akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar.
PRU15: Bincang dengan CSM usaha cegah pencerobohan siber semasa pilihan raya
Ia sebagai antara langkah untuk mendepani cabaran pencerobohan siber ketika musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
UMNO Padang Besar cadang MB Perlis daripada kalangan wanita
Zahidi juga menyeru Wanita UMNO supaya bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU15.