awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ahli Parlimen Padang Besar sertai PKR, visi perkukuh parti di Perlis

Bernama
Bernama
08/12/2024
13:28 MYT
Bekas Ahli Parlimen Padang Besar sertai PKR, visi perkukuh parti di Perlis
Zahidi berkata permohonan beliau untuk menjadi ahli PKR turut mendapat restu daripada pimpinan tertinggi parti berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
PADANG BESAR: Bekas Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin telah menghantar borang keahlian kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bulan lepas bagi menyertai parti itu sebagai wadah perjuangan politiknya yang baharu dengan visi untuk memperkukuh kedudukan PKR di Perlis.
Zahidi, yang pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan itu selama dua penggal serta merupakan bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata permohonan beliau untuk menjadi ahli PKR turut mendapat restu daripada pimpinan tertinggi parti berkenaan.
"Fokus utama saya adalah untuk memperkukuh PKR di Perlis dengan menyasarkan untuk menambah 400 ranting baharu di seluruh negeri kerana ketika ini, PKR memiliki 60 ranting di Perlis," katanya kepada pemberita selepas Program Sumbangan Prihatin MADANI di sini hari ini.
Beliau berkata langkahnya menyertai PKR bukan kerana dendam terhadap parti lamanya tetapi lebih kepada usaha memastikan parti itu mampu menjadi pilihan utama rakyat Perlis sekali gus dapat membentuk kerajaan negeri yang stabil pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Zahidi berkata kerjasama antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di peringkat pusat turut dilihat bakal mewujudkan satu gerakan padu untuk merampas semula Perlis pada PRU16.
Untuk rekod, nama Zahidi digugurkan sebagai calon Barisan Nasional pada PRU15 untuk kerusi Parlimen Padang Besar dan beliau tewas selepas bertanding atas tiket sebagai calon Bebas dalam saingan lima penjuru membabitkan Datuk Zahida Zarik Khan (BN), Ko Chu Liang (Warisan), Datuk Rushdan Rusmi (PN-PAS) dan Mohamad Saad @ Yahya (PH-Amanah).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas Ahli Parlimen Padang Besar
#sertai PKR
#Zahidi Zainul Abidin
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan