Ringkasan AI
- Firefly membatalkan semua penerbangan berjadual antara Subang dan Seletar, Singapura dari 10 hingga 12 Oktober akibat cuaca dan jerebu.
- Pembatalan melibatkan enam perkhidmatan harian, dan penumpang terjejas akan dipindahkan ke penerbangan Malaysia Airlines, tertakluk kekosongan tempat duduk.
- Penumpang yang tidak memilih penerbangan gantian layak menerima bayaran balik penuh dalam tempoh 30 hari bekerja.
SINGAPURA: Firefly membatalkan semua penerbangan berjadual antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang Seletar di Singapura dari 10 hingga 12 Okt sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan berikutan keadaan cuaca dan jerebu.
Dalam satu makluman, syarikat penerbangan itu memaklumkan pembatalan berkenaan melibatkan enam perkhidmatan penerbangan harian, iaitu FY3122 dan FY3123, FY3124 dan FY3125, FY3126 dan FY3127, FY3128 dan FY3129, FY3130 dan FY3131 serta FY3132 dan FY3133.
"Penumpang yang terjejas sedang dihubungi dan akan dipindahkan ke penerbangan Malaysia Airlines yang tersedia bagi laluan Kuala Lumpur-Singapura, tertakluk kepada kekosongan tempat duduk.
"Penumpang yang memilih untuk tidak meneruskan perjalanan menggunakan penerbangan gantian itu layak menerima bayaran balik penuh yang akan dikreditkan melalui kaedah pembayaran asal dalam tempoh 30 hari bekerja," menurut makluman bertarikh 10 Okt itu.
Syarikat penerbangan itu turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi perkembangan situasi cuaca yang berubah-ubah.
Menurut syarikat itu, kemas kini lanjut mengenai jadual penerbangan akan dimaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa Firefly membatalkan penerbangan antara Subang dan Seletar dari 10 hingga 12 Oktober?
A: Firefly membatalkan penerbangan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan berikutan keadaan cuaca dan jerebu. - Q: Berapa banyak perkhidmatan penerbangan yang terjejas akibat pembatalan ini?
A: Pembatalan melibatkan enam perkhidmatan penerbangan harian antara Subang dan Seletar. - Q: Apakah tindakan yang diambil untuk penumpang yang terjejas oleh pembatalan ini?
A: Penumpang yang terjejas sedang dihubungi dan akan dipindahkan ke penerbangan Malaysia Airlines bagi laluan Kuala Lumpur-Singapura, tertakluk kepada kekosongan tempat duduk. - Q: Adakah penumpang boleh mendapatkan bayaran balik jika tidak mahu menaiki penerbangan gantian?
A: Penumpang yang memilih untuk tidak meneruskan perjalanan menggunakan penerbangan gantian layak menerima bayaran balik penuh yang akan dikreditkan melalui kaedah pembayaran asal dalam tempoh 30 hari bekerja. - Q: Bagaimana Firefly memantau situasi cuaca dan maklumat kepada pelanggan?
A: Firefly sedang memantau rapi perkembangan situasi cuaca dan akan memaklumkan kemas kini lanjut mengenai jadual penerbangan terus kepada pelanggan yang terjejas.